expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 20 February 2013

Tanda-Tanda kehamilan




Bagi wanita yang baru pertama kali hamil, adakala­nya mereka tidak menyedari diri sedang berbadan dua.


Namun, mereka mung­kin merasai ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh terutama selepas tidak mengalami haid. Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang dialami sebahagian wanita. Sesete­ngah wanita pula mungkin langsung tidak mengalami petanda ini. Antaranya: 






Rasa lapar berpanja­ngan

 
Ini gejala biasa yang mungkin turut berlaku kepada individu yang tidak hamil.


Namun, jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini kerana ia mungkin disebabkan perubahan hormon tetapi jika ia dituruti petanda lain, ambillah tindakan selanjutnya.






Mengidam


Bagi wanita hamil, adakalanya keinginan terhadap sesuatu jenis makanan membuak-buak. Ini membuatkan mereka mahu mendapatkannya walau dalam apa keadaan sekalipun.


Suami tentu menjadi ‘mangsa’ tetapi ia juga satu pengalaman menarik tetapi tidak semua wanita mengalaminya. Oleh itu, hayati pengalaman hamil sebaik mungkin kerana ia tidak akan sama untuk setiap kehamilan.





Perubahan warna di sekeliling payudara


Apabila kulit di sekeliling payudara menjadi kehitaman, ini mungkin menunjukkan wanita itu sudah beberapa minggu hamil. 


Tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon dan tidak berkaitan dengan kehamilan atau kandungan terdahulu.





Kerap membuang air kecil


Apabila janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing, wanita hamil akan mengalami kekerapan untuk membuang air. 


Ia perkara normal berlaku pada setiap wanita hamil.





Cepat letih dan tidak bermaya


Keletihan melampau ini menyebabkan wanita itu seolah-olah tiada tenaga sepanjang masa. 


Hormon dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan wanita itu berasa cepat letih. Rasa letih serta tidak bermaya ini kerap berlaku pada awal kehamilan.





Rasa sakit dan tegang di bahagian payudara


Sekiranya hamil, payudara menjadi sedikit sensitif dan adakalanya sakit pada sentuhan. 


Ia seakan-akan sama dengan ketidakselesaan yang terjadi pada payudara sebelum haid. 


Namun, ia akan berkurangan apabila badan sudah biasa dengan pening­katan hormon ini, malah kesakitan akibat ketega­ngan juga semakin berkurangan.





Rasa loya dan muntah


Sekiranya bernasib baik, alahan sebegini tidak akan menyerang kecuali selepas beberapa minggu hamil. 


Tetapi terdapat segelintir wanita mula berasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari hamil.





Lewat datang bulan


Sekiranya waktu haid teratur sebelum berlaku­nya kelewatan, ujian air kencing untuk kehamilan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian. 


Ini membolehkan lang­kah awal pemeriksaan dan penjagaan untuk si ibu dan bayinya.





Ujian air kencing positif

Jika sudah beberapa hari lewat didatangi haid dan terdapat dua jaluran pada alat ujian kehamilan, kemungkinan wanita itu sudah mengandung.

Paling penting, berjumpa pakar untuk mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bentuk penjagaan diri dan bayi sebaik mungkin.


44 comments:

  1. tak ada isteri lagi..nie back up info..untuk bakal isteri mengandung nnti..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan admin nie pon belum kahwin jugak..hehe..saja je, buat pengetahuan utk semua..:-)

      Delete
  2. Salam.

    Saya suka info2 macamni..walaupun tak melaluinya lagi, tapi tahu, suatu hari nanti, maklumat camni boleh jadi sesuatu yg penting utk diri sndiri, takpun utk dikongsi dgn org lain. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..suatu hari nanti kita akn lalui jugak..(^_^)

      Delete
  3. thanks for sharing sis..info berguna ni :)

    ReplyDelete
  4. dulu mula2 mengandung semuanya ta
    k kena..asyik nak marah saja hehe..mesti sentiasa nak mengunyah makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...macam2 tabiat org mengandung nie kan..:-)

      Delete
  5. yang jelas saat di tes pasti positif (sok tau) :D

    ReplyDelete
  6. info menarik untuk ibu2 muda nie.....

    ReplyDelete
  7. ilmu persediaan sebelum berbini.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..rasanya pha is dah tau lebih nie..ambil pon kos perubatan..banyak benda dah tau..hehe...:-)

      Delete
  8. bagus ni. panduan utk masa depan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, my dear..harap2 kita semua tak banyak karenah masa mengandung nanti..hehe..:-)

      Delete
  9. Bagus jugak info pasal ni..
    Tp kebanyakan tanda kehamilan ni, tuan punya diri aje yang boleh nampak. Kalau orang sekeliling, rasanya yang muntah2 tu aje kan..

    I wish to extend my gratitude and thankfulness for your support and feedback on my Hootoh Blog.
    Done FB like, Google+1 and tweet this entry
    Much more respect! Thanks a lot.

    ReplyDelete
  10. bley trbayang je la mcm mana hamil.. klu diri 5zol sndri hamil mmg mustahil.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mustahil sgt2..terbayang kat bakal isteri la..hehe..:-)

      Delete
  11. tak kawen lg...tp berguna jgk in future atau org2 sekeliling kite kn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul tu xila..wlupon kita tak lalui lg tapi boleh share dgn orang2 sekeliling kite..:-)

      Delete
  12. bagus share ini..nnt kalo dah ade bini faham la sikit situasi die.hik3

    ReplyDelete
  13. ok2 berguna info ni utk bakal isteri sy nanti...:P

    ReplyDelete
  14. Saya sedang mengalami beberapa simptom sprti diatas ;)

    ReplyDelete
  15. saya blm dtg haid lagi ni... krn merancang terlalu lama 6 thn mcm dh x berapa ingat tanda2 mengandung.. lg pun 2 kehamilan saya yg lalu x der kena mabuk.... tu yg suspen jer...

    ReplyDelete
  16. Kalu rasa phit je kt lidah ngn slalu panas wktu bgun pgi ngn ptang ..tanda2 nk hamil ka???...

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Ilmu yang bermanfaat... pahala berpanjangan.... terima kasih... :-)

    ReplyDelete
  19. saya suka sgt bila admin tunjuk menstrual circle ni.... bantu sy utk plan dpt baby... huhuhu... anak sy dh 8 tahun... tak sabar2 nk adik lagi... (apa lagi mama dan ayahnya).... Tq... gud info... Moga Allah beri jalan utk admin sebagaimana admin bagi jalan utk orang lain. Thx again..

    ReplyDelete
  20. ada ag tak tanda2 selain dri ni ???

    ReplyDelete
  21. Syukur..mmg lately rs semacam je.tp xberani mgharap sgt sbb dh byk kali menangis bl period.nk check td pun takut je kecewa.tp bl double line...rasa nk mnjerit satu dunia..

    ReplyDelete
  22. Sis.... risau laa.. slalu sakit kt ari2... huhu... cm ane nk kurgkn rase sakit tu... lgpn blm g check... risau -ve..hmmm...

    ReplyDelete
  23. sy ad sorg kwn pmpuan,baru2 ni dya ad bgi tau yg buln lpas dya lmbt 1 hri dtg buln & buln ni lwt 4 hri dtg buln..adkh itu tnda2 awl mengandong???sedgkn kwn sy ni blm lg kwen n x pnh ad hubngan dgn mna2 laki...

    ReplyDelete
  24. kawan sya ni,perut nya makin besar...bila ditanya"mengandung ke?
    'tp katanya mustahil...sbb tiap bln dtg haid...ada ke org sll dtg haid mengandung??????

    ReplyDelete
  25. info yang sangat berguna. terima kasih kerana share. izinkan saya untuk berkongsi info. adakah sesiapa disini yang sedang mencari kerja sambilan hanya dari rumah?? jika ya sila klik link di bawah atau anda boleh menyalin dan taip di carian google. TANPA MODAL DAN SANGAT MUDAH. yang pasti anda tidak akan rugi apa2. CUBALAH SEKARANG:
    http://Youthweeklypay.com/?invite=18308

    ReplyDelete
  26. perkongsian yg berguna....tq admin

    boleh jenguk2 blog saya ye..
    peminatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. Terima kasih atas perkongsian.

    Jemput singgah ke blog saya. Perkongsian ilmu dan pengalaman tentang kesihatan dan kesuburan.

    www.caramudahhamil.com

    Ikhlas,
    Nordiyana Jamal.

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com