KREN digunakan untuk menyiapkan
menara Lego itu.
PRAGUE,
Republik Czech - Sebuah menara yang diperbuat daripada bongkah kecil Lego
dibina oleh sejumlah peminat permainan itu di sini kelmarin.
Menara itu
setinggi 32.5 meter sekali gus mencipta rekod dunia mengatasi ketinggian binaan
yang sama di Britain.
Ketinggian
binaan di Winsdor, Britain pada 6 Julai lalu itu kurang 30 sentimeter daripada
yang terdapat di sini.
Pembinaan
menara itu bermula pada Khamis lalu.
Bongkah
kecil yang paling tinggi itu diletakkan oleh pemenang pingat emas dari Republik
Czech acara mendayung di Sukan Olimpik London pada Ogos lalu, Miroslava
Knapkova.
"Saya
bermain pemainan Lego semasa kanak-kanak apabila bapa saya membawanya pulang ke
rumah dari luar negara," katanya.
Sebanyak
setengah juta bongkah Lego digunakan untuk membina menara tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment