expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 9 June 2012

Belajar Loghat Terengganu





Hari ini saya nak ajar anda semua berkenaan perkataan dan pengunaan bahasa Terengganu..Kalau ikutkan hendak belajar bahasa terengganu boleh sahaja google, berlambak.. Di bawah ini hanya 4 perkataan terpilih untuk dipelajari..Mari kita sama-sama belajar (^_^)....



Betak

- Betak kalau bahasa biasa bermaksud lambat/lembab. Bunyi 'e' dalam perkataan ini seperti bunyi 'e' dalam perkataan emak. So sudah boleh sebut.?.:)


-Contoh penggunaan ayat , "Betak sunggoh la mu ni, lengoh aku tunggu dari takdi" (lambat sungguh la mu ni, letih aku tunggu dari tadi)


Nebeng

- Nebeng membawa maksud berlebihan. Sebutan 'e' dalam perkataan ini juga seperti 'e' dalam perkataan emak.


-Contoh ayat " Beng nebeng sangat ah wak lawok tu, kan ade yang maroh pulok kekgi" ayat bermaksud lebih kurang macam ni 'jangan buat lawak lebih sangat la, kan ada yang marah pula nanti'


Ork

- Ork bagi aku lebih bermaksud seperti 'kan'. Macam tambahan penyedap ayat.


-Contoh ayat 'mu ni ork, suke sangat ngate ke aku' maksud " mu ni kan, suka sangat mengata aku'


Blake

- Blake ini bermaksud semua. Sebutan bukan seperti 'Blake' nama orang putih tu, sebutan dengan dua suku kata, bla ke.. 'e' dalam perkataan ini seperti sebutan 'e' untuk emak.


-contoh ayat - "mari sek² ni, habis blake ah kuih rumoh mu', bermaksud " mari geng² ni, habis semua la kuih rumah mu"


Vocabulary


Abih tey = Sekuat tenaga/Semaksimum mungkin
Beradong = Beriya-iya
Bettak = Lambat/Lambat pikap
Bijjok = Memandai-mandai
Buoh Smete = Buah manggis
Cakduh = Gopoh
Congek = Wheelie
Duk nyenggeng = Berbaring mengiring
Gelekek = Ketawa
Gelenyar = Gatal miang
Ggendong = Membonceng motosikal, basikal
Jereba = Menerpa/Dive
Kattang = Berotot/Tubuh sasa
Khussah = Comot
Koho = Semakin/perlahan (ada 2 maksud)
Koho-koho = Beransur-ansur
Lebbong/Nawwok/Plawok = Tipu
Liyut = Lemau
Mussang = Bengis
Nyor = Kelapa
Rhabok = Koyak
Rhok = Semak
Tembor = Lari
Timun cina = Tembikai
Tubek = Keluar
Kabor/kabo/royak = beritahu
Belok belekor = Bengkang bengkok
Berat nanang = Sangat berat
Besor jallor = Sudah dewasa
Bising bangor = Sangat bising
Bolloq sero' = Sangat serabut
Busuk kohhong/bango = Sangat busuk
Ceroh nerang = Sangat terang
Chome lotte = Sangat comel
Dekkut pait = Sangat kedekut
Gelap guggup = Sangat gelap
Gemok mettoq = Sangat gemuk
Gguling bating = Bergolek-golek
Hancing pering = Sangat hancing
Huduh seppang = Sangat hodoh
Kecik tuek = Sangat kecil
Kelak sebbat = Sangat kelat
Kerah kejjong = Sangat keras
Kuruh kekkek = Sangat kurus
Manis netting = Sangat manis
Masang Rhebbang = Sangat masam
Masin pekkok = Sangat masin
Nipis nayang = Sangat nipis
Laju deccung = Sangat laju
Pahit leppang = Sangat pahit
Panah derring = Sangat panas (digunakan untuk cuaca)
Panah kellung/so'oh = Sangat panas (digunakan untuk tempat)
Panah kettik = Sangat panas (digunakan untuk objek)
Panjang jenggong/jallor = Sangat panjang
Ringan leppung = Sangat ringan
Sejok kettor = Sangat sejuk
Senyak tuppah = Sangat senyap
Suke kerah = Suka berdekah-dekah
Tawor heber = Sangat tawar
Tinggi Sayup = Sangat tinggi
Dok dang dang = Tak sempat-sempat
Dok imboh = Tak memadai
Dok pahang starang baroh/sutir habok/stabok = Langsung tak faham
Dok ppaka ghawa siket harrang = Langsung takde guna/sia-sia
Dok rhok cettong = Tak larat
Dok yyoh gadduh la = Jangan susah-susah la
Gelap gambo = Takde harapan
Langgor maccang = Redah jer
Nunggeng nyor = Jatuh terduduk


Oke, sapa sining je lah heh… Laen kali kalu rajin, ambe tamboh lagi…Hehehe


 

9 comments:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com