LUPAKAN
sejenak produk kecantikan yang anda gunakan dan kembali kepada cara klasik.
Sesekali tidak salah bereksperimen dengan bahan semula jadi untuk tujuan
kecantikan.
Kali ini,
seribupilihan bawakan anda mengenali 11
kelebihan buah tomato yang boleh digunakan dalam rejim kecantikan harian
anda.
1.Gunakan jus tomato bagi
mengecilkan liang pori-pori kulit wajah.
Gabungkan
dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada
wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.
2.Lenyek tomato dan sapukannya pada
keseluruhan wajah dengan rata.
Biarkan ia
selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan
pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan.
Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak
berlebihan pada wajah.
3.Potong separuh tomato dan sapukan
ia pada bintik gelap.
Bilas dan
sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar
mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.
4.Ambil jus tomato dan kisarkan ia
bersama jus timun.
Selepas itu,
celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap
hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang
pertumbuhan jerawat.
5.Campurkan dua sudu jus tomato
bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas
selepas 30 minit.
Cuba langkah
ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan,
likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran
ultraungu.
6.Sekiranya kulit anda kasar dan
kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut.
Sapukan jus
tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit
menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan
meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan
permukaan kulit sambil menyejukkannya.
7.Sapu jus tomato bersama madu pada
wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas.
Penawar yang
boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya
dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.
8.Makan tomato pada waktu pagi bagi
menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini.
Anda juga
boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus
tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan
kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian,
gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.
9.Lumurkan jus atau hirisan tomato
pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan
mengembalikan warna natural rambut.
Tomato
merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.
10.Sapukan isi tomato pada kulit
kepala.
Sapukan isi
tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian
bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.
11.Campurkan jus tomato bersama
avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis.
Sifat
hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif
untuk menyerikan kulit.
tomato sedap dimakan mentah...buat nasi tomato pon sedap jugak :)
ReplyDeletea ah..dua2 sedap..:-)
Deletekalau makan tak suka sangat. tp rajin tenyeh2 kat muka sbb rasa kulit muka lebih bersih & fresh. ;)
ReplyDeletesaya suka makan..betul tu..kulit muka rasa fresh je..:-)
Delete