Sarapan pagi merujuk kepada pemakanan yang diambil antara
jam 7 pagi-10 pagi. Namun masih ada segelintir masyarakat kita yang mengambil
mudah tentang kepentingan sarapan pagi.
Alasan-alasan yang biasa diberikan kenapa mereka tidak
bersarapan biasanya tidak sempat menyediakan atau membeli sarapan, mahu
bergegas ke tempat kerja (biasanya mereka yang berada dalam sektor swasta),
ataupun ada juga yang merasakan sarapan tidak penting.
Pemakanan yang baik sangat penting kerana apa yang kita makan membawa kesan kepada kesihatan am dan mempengaruhi kadar tenaga yang kita gunakan untuk menjalankan kehidupan seharian.
Tidak dinafikan, kesihatan yang baik merupakan rahmat
yang tidak terkira. Badan kita seperti jasad yang membawa kita sepanjang liku
kehidupan. Oleh itu, badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk
memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik.
Cara terbaik untuk memulakan pemakanan seimbang adalah ketika hidangan pertama kita iaitu sarapan pagi. Juga dikenali sebagai hidangan paling penting setiap hari. Sarapan bagaikan mengakhiri puasa setelah 8 jam tidak makan.
Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian
kerana kita memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalankan tugas dan aktiviti
harian sama ada di padang, di tempat kerja atau di sekolah.
Ramai daripada kita memilih sarapan yang tinggi kalori,
seperti nasi lemak atau roti canai untuk mengisi perut yang lapar. Ada yang
memilih untuk tidak bersarapan langsung.
Tidak bersarapan mungkin menjadi satu amalan yang mudah, namun ramai pakar pemakanan profesional berkata bahawa pilihan ini tidak digalakkan, terutamanya bagi mereka yang hidup sibuk. Mengambil sarapan itu penting dalam memberikan tenaga kepada badan setelah 8 jam berpuasa.
Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk memberi zat kepada badan dan memberi glukosa pada darah, yang dikenali sebagai gula darah. Glukosa merupakan sumber tenaga utama bagi otak dan membantu otot untuk menjalankan aktiviti fizikal setiap hari. Inilah sebabnya sarapan sangat penting untuk badan kita.
Sarapan membawa manfaat kepada otak dan badan. Mereka yang tidak mengambil sarapan pasti merasa resah, penat atau mudah marah.
Dapatkan minuman malt coklat yang telah dicampurkan dengan bijirin berkhasiat dalam paket yang mudah daripada jenama yang boleh dipercayai apabila anda membeli belah. Luangkan masa untuk membaca jadual kandungan bagi memastikan elemen yang terdapat dalam minuman.
Roti bakar juga boleh menjadi enak dan berkhasiat jika
anda bijak menyediakannya.Gunakan roti yang tinggi serat. Untuk menambah
perisa,sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
Jika ingin cepat, roti tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan yang baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.
Sarapan ideal seperti ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan makanan yang mengenyangkan, yang dapat mengelakkan rasa lapar sepanjang hari.
Ini termasuklah para ibu bapa yang menyiapkan anak untuk
ke sekolah atau pekerja yang bakal menghadapi tugas seharian di tempat kerja
dan ingin mendapatkan cara untuk menikmati hidangan menyihatkan pada waktu
pagi.
kita selalu minum susu je dgn nestum. kalau byk masa baru sempat singgah kedai bfast. :)
ReplyDeletesama la kita..suka minum susu..klu banyak masa baru sempat breakfast..:-)
Deletekebanyakkan orang suka skip sarapan n xtahu manfaat sarapan..nice sharing
ReplyDeletejom ke blog saya
http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/
kebanyakkan orang suka skip sarapan n xtahu manfaat sarapan..nice sharing
ReplyDeletejom ke blog saya
http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/
baguskah kalau sarapan pagi berasaskan mi goreng,nasi lemak dimakan kerap kali dan menjadi rutin harian terutamanya para pelajar?
ReplyDelete