Salam buat pembaca seribupilihan semua.., di sini
seribupilihan ada nak kongsikan satu artikel yang berkaitan dengan petua-petua
kecantikan yang saya rasa sesuai untuk kita amalkan.,
So, daripada kita menghabiskan
duit beli produk-produk kecantikan tu.., apa kata kalau kita cuba petua-petua
ni.. Insya Allah sekiranya di izinkan oleh-Nya maka dapatlah kita akan
hasilnya.., So, selamat membaca & selamat mengamalkannya sekiranya ianya
baik untuk kita semua..,
Wassalam..;-)
1.Ringan Jodoh
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf
pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu
hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari
selama tiga hari berturut-turut.
2.Penawar
Resdung
Petua yang paling mudah dan
berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum
kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati.
Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah
muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu
destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke
mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
3.Melicin dan
Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek
hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20
minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
4.Menegangkan
Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan
mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau
dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau sehingga
rata dan jangan terlalu cair..
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia
kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta
menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
5.Menghilangkan
Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada
kuku yang mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika
boleh, potonglah kuku yang termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali
sehari dengan menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
6.Menyerikan
Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya
sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan ini di setiap
pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu
kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
7.Menghaluskan
Kulit
Buah tomato dikisar halus.
Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana
tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu.
Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
8.Menghilangkan
Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan
buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.
Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yang
dititik), kulit kayu manis dan lada hitam.
Jika kita meminum air rebusan ini
pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.
Selain itu untuk
meningkat tenaga wanita, amalkan
pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
9.Melembutkan
Rambut
Ambil secekak kangkung dan
bersihkan. Masukkan dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung
hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan
seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
10.Merawat Kulit
Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah
yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan
sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali
sehari. Amalkan sehingga berkesan.
11.Melentikkan
Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum
masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata
semakin lentik.
12.Menghilangkan
Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian
ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu,
sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya
lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk
menghilangkan parut.
13.Melebatkan
Rambut
Ambil daun bunga raya yang
bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan
sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan
sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian
cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
14.Awet
Muda
Semasa berdandan di waktu pagi
baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam
hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
15.Kulit Cerah
dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan
dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah,
kulit akan cerah, licin dan harum.
16.Rambut
Lebat
Setelah selesai makan, basuh
tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yang masih basah itu
segera dilap atas rambut.
17.Mengurangkan
Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan
campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum
tidur.
18.Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
19.Mengempiskan Perut
(A) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(B) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
20.Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan
disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2
jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
21.Mengekalkan
Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
22.Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan .
23.Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
(A) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
(B) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
(C) Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam
segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dengan dimulai dengan
selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
24.Menegangkan
Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani
(manjakani atau kani boleh dibeli di kedai-kedai India) di dalam periuk tanah
sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian
kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.
Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
25.Menyegarkan
Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh
muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam.
Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan
berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
26.Menyegarkan
Mata
Ambil timun yang telah dihiris
Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa
kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan
menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah
sepuluh minit.
27.Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan
pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
28.Mengelak
Rambut Gugur
(A)Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala
selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat,
hitam dan berkilat semulajadi.
(B)Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak.
Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat
mencegah kelemumur.
(C)Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan
airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan
selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat
rambut dengan getah.
29.Mengurangkan
Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan
buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan
kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.
30.Sihat Tubuh
Badan
Setelah solat Subuh, lakukan
senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi
embun).Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun .
31.Melangsingkan
Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji
timun diparut dan diperah airnya. Campur dengan sebiji air limau nipis dan
bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat
badan ideal.
32.Menghilangkan
Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga
lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak
sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yang
mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk
menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
33.Menghilangkan
Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok
ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang
tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
34.Menghilangkan
Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis
di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Untuk
hasil yang baik, biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala. Basuh dengan air
suam. Selain itu, petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.
35.Menghilangkan
Sakit Kepala
(A) Ambil daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih
kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan
bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan
kepala.
(B) Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada
kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan
biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering
dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi
akan mengelupas dalam sehari dua.
36.Menghilang
Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan
bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari
sehingga ketumbit hilang.
37.Menurunkan
Berat Badan
(A) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2
kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(B) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap
hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti
ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
38.Mengatasi
Tumit Pecah
(A) Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.
Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
(B) Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam
gelugur dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki anda
selama 1/2 jam.
Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.
39.Awet
Muda
(A) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang
baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
(B) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi,
amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas
dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
40.Mudah Bangun
Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga
kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati untuk bangun pagi
Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.
41.Menghilangkan
Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa.
Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah,
jerawat akan beransur hilang.
42.Meluruskan
Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil
patinya sahaja Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di
dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk
disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.
Tutup kepala dengan
tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih. Lakukan 3 kali seminggu.
Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
43.Menghaluskan
Kulit Muka
(A) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong
ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah
dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu
barulah dibilas.
(B) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air.
Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh
dengan air bersih.
44.Memerahkan
Bibir
Sapukan madu asli pada bibir
tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan
merah seperti memakai gincu.
45.Memutih dan
Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa
kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa
tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
46.Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air
didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
47.Mengembalikan
Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai
dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika.
Kemudian,
duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .
Semasa
mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu,
kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
48.Menghilangkan
Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga
cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur
hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
49.Menghilangkan
Lebam Mata
Teh uncang yang telah digunakan
jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali
seminggu ketika hendak masuk tidur.
50.Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih
lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
51.Mengelak
Santau
Untuk mengelakkan santau melalui
makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah.
Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman
atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung,
berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling.
Untuk mengelakkan santau melalui
angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
52.Meminimakan
Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu
pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu
malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan
mengantuk.
Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti
membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum
tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang
hari itu adalah ibadat.
wah..mmg bagus semua petua2 ni
ReplyDeletememang bagus..amalkan dgn teratur utk dpt hasilnya..:-)
DeletePetua-petua di atas amat bermanfaat untuk dijadikan panduan. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeletesama2..:-)
Deletepetua ni memng berguna tuk d amalkn spya klihatn awet muda=)
ReplyDeletebetul tu..:-)
DeletePetua2 terbaik...banyak betul tu....kikiki
ReplyDeletememang terbaik..banyak tapi kena amal dgn teratur la..baru dpt hasilnya..:-)
Deletewahhh banyaknya petua. banyak jugak yg berguna utk saya. cuma nak buat tu malas @ rajin je. hihi..
ReplyDeletetq sharing. :)
ya..sama2..:-)
Deletefuyohhh byk manfaat nih
ReplyDeletea ah..banyak manfaat nya..cuma amalkan je..:-)
Deleteterbaek..tq
ReplyDeletesama2..:-)
Deletebanyak petua...kena istiqamah pkai..insyaALLAH ada hasil kan..
ReplyDeleteya..betul tu..kena istiqamah baru dpt hasil..:-)
DeleteBanyak betol petua ni..kena print out bole wat reference..hehe..Mekasih yer..
ReplyDeleteboleh3..sama2..:-)
DeleteAd x Petua utk hilang kan kputihan ..??
ReplyDeleteAd x Petua utk hilang kan kputihan ..??
ReplyDeleteterima kasih atas petua kecantikan nya. sangat bermanfaat
ReplyDeletetips kecantikan
cara menghilangkan bekas jerawat
cara menghilangkan bekas jerawat
cara menghilangkan bekas jerawat
cara menghilangkan bekas jerawat
cara mengencangkan kulit
cara memasang bulu mata palsu
cara tampil cantik alami
tips make up ala artis korea
tips kecantikan alami
cara menumbuhkan alis
tips awet muda
cara meluruskan rambut keriting
tips make up untuk kulit gelap
cara menghilangkan bekas luka
tips menghilangkan kerutan di bawah mata
tips make up smokey eyes
tips memutihkan wajah
tips make up wajah bulat
cara membuat bibir merah
tips make up natural
Sama-samalah kta memanfaatkan dan mengamalkannya.
ReplyDeleteMaksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.
Thank you for sharing the tips :)
ReplyDeleteCeritaMama
Wah.. Perkongsian yg sgt bermanfaat.. Suka sgt baca apa yg admin post.
ReplyDeleteTip Kecantikan Tanpa Kesan Sampingan
thank ya sangat membantu
ReplyDeletekalau mau tau rahasia cantik para artis main ke web ku yaa ^_^
beauty water
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Kecantikan.
ReplyDeleteTerimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
ReplyDeletecara menghilangkan jerawat secara alami
.