expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 28 February 2013

Keutamaan Jumaat




Dalam kehidupan sehari-hari, umat Islam harus melaksanakan segala kewajipan dan tanggungjawab, baik kewajipan seorang hamba terhadap Allah mahupun tanggungjawab sesama insan.


Sebagai manusia, kita sering terlepas pandang akan hakikat kehidupan dalam menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Sehingga dalam menjalankan tanggungjawab terhadap Allah dan sesama manusia, semuanya menjadi tidak stabil dan harmoni.


Sebagai contoh keutamaan hari Jumaat kepada umat Islam. Rasulullah SAW telah menjelaskan kepada umatnya tentang keutamaan hari Jumaat. Malah turut menegaskan tingginya kedudukan hari tersebut berbanding dengan hari-hari lain.


Sebagaimana baginda menceritakan tentang kemurahan, keberkatan dan kurnia yang diberikan oleh Allah SWT pada hari itu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Kita (ini adalah kaum) yang terakhir (dikeluarkan oleh Allah tetapi kita) akan mendahului (kaum-kaum yang lain) pada hari Kiamat nanti, hanya sahaja mereka lebih dahulu mendapatkan kitab sebelum kita. Lalu (hari Jumaat) ini adalah hari yang diwajibkan bagi mereka (untuk beribadah kepada Allah) tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu, kemudian Allah SWT memberikan petunjuk pada kita (tentang hari tersebut). Maka orang-orang pun menjadi pengikut kita dalam hal ini, (menjadikan hari Jumaat sebagai patukan hari ibadah mereka), orang-orang Yahudi mengambil keesokan harinya (Sabtu), sementara orang-orang Nasrani pada hari (Ahad). (riwayat al-Bukhari, Muslim dan an-Nasa'i).


Dalam hadis lain, Baginda juga bersabda: Sebaik-baik hari yang pada saat itu terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu pula dia dikeluarkan dari syurga, dan tidak akan terjadi kiamat kecuali pada hari Jumaat. (riwayat Ahmad, Muslim dan at-Tirmidzi).


Jelaslah hari Jumaat sebagai penghulu hari dan hari yang penuh keberkatan kepada umat Islam.


Sementara dalam hadis yang lain baginda bersabda: Solat lima waktu, juga hari Jumaat (yang satu) ke hari Jumaat (yang lain) akan dapat menghapuskan dosa-dosa yang ada waktu-waktu tersebut (dengan syarat) apabila dosa-dosa besar tidak dilakukan. (riwayat Ahmad dan Muslim).





Selain itu, Rasulullah SAW telah memberikan kepada umatnya bahawa pada hari Jumaat itu ada waktu mustajab untuk berdoa, dan bahawa seorang Islam akan mendapat ganjaran yang besar apabila dia lebih awal mendatangi solat Jumaat.


Larangan


Daripada Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a, kedua-duanya mendengar Rasulullah SAW bersabda dari atas mimbar yang bermaksud: Akan berhenti orang-orang itu meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan mengunci dan menutup hati mereka, lalu mereka pasti akan termasuk kelompok orang-orang yang lalai. (riwayat Muslim).


Kewajipan solat Jumaat juga disebutkan oleh Allah dalam al-Quran firman-Nya yang bermaksud: Apabila diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kalian kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli.


Diriwayatkan juga dari Abul Ja'ad adh-Dhumari r.a, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa meninggalkan solat Jumaat kerana mengambil mudah (malas) tanpa ada alasan (yang dapat diterima) nescaya Allah SWT akan menutup hatinya." (riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan an-Nasa'i).





Rasulullah SAW juga telah menganjurkan kepada para sahabat dan menyuruh mereka agar memperbanyak membaca selawat untuk baginda pada hari Jumaat. Selain itu, baginda juga menganjurkan para sahabat membaca surah al-khafi pada hari tersebut.


Seterusnya Rasulullah SAW juga memerintahkan dan menekankan kepada para sahabat supaya mandi pada hari Jumaat. Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab r.a, bahawa ia berkata: Tidakkah kalian mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; Apabila akan pergi seseorang di antara kalian ke solat Jumaat maka hendaklah kalian mandi. (riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).


Daripada al-Farisi r.a dari Nabi SAW bersabda: Tidaklah seseorang itu mandi pada hari Jumaat dia bersuci sebaik mungkin, kemudian memakai sedikit dari minyaknya atau memakai sedikit dari minyak wangi yang ada di rumahnya kemudian ia keluar (ke masjid) dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu dia melakukan solat yang disyariatkan padanya, tentu dia akan mendapat pengampunan (terhadap dosa) yang ada di antara Jumaat itu ke Jumaat yang akan datang. (riwayat al-Bukhari).


Sesungguhnya Ibnu Umar r.a telah memotong kuku dan kumisnya setiap kali hari Jumaat sebagai penghormatan beliau terhadap hari tersebut. Riwayat ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam al-Kubra (3/344) dengan sanad hasan.


Kesimpulannya, hari Jumaat adalah hari istimewa yang sarat dengan maghfirah dan ampunan daripada Allah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW sebagai utusan Allah, telah memberi banyak petunjuk tentang amalan di hari Jumaat dan malam hari-harinya.

13 comments:

  1. hari Jumaat penuh kemuliaan. :)

    ReplyDelete
  2. Penghulu bagi segala hari, juga penuh keberkatan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hari Jumaat ni umpama hari raya setiap minggu utk kita kan , betapa byknye berkat yg Allah limpahkan penghulu sgl hr ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..hari jumaat sepatutnya menjadi hari paling banyak utk dibuat ibadat..:-)

      Delete
  5. betul tu jumaat ni specialnya lebih dari hari2 lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang istimewa..hari ni sgt sesuai utk berdoa dan beribadat..:-)

      Delete
  6. Setiap kali hari jumaat dh berlalu, mesti rasa rindu nak tunggu jumaat seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cheq kaq..tak sabar2 nak tunggu jumaat depan..biasanya hari jumaat selalunya seribupilihan potong kuku..:-)

      Delete
  7. michelle suka hari jumaat :D

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com