Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel
otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal
adalah sangat besar.
Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah.
Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh.
Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan
darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.
Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi
sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki
saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental
maka ginjal harus bekerja lebih ekstra keras.
Kemungkinan besar ginjal akan
rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau
dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.
Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga
akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan
zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah.
Sehingga fungsi sel-sel
otak tidak mampu berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat
mati. Kondisi tersebut akan semakin memicu timbulnya masalah strok. Kerana itu
jangan sampai kekurangan air!!!
Kesan Kekurangan Air Dalam Badan
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :
1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
4. Tekanan darah menurun.
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
6. Lesu pada waktu siang.
7. Sakit belakang.
8. Dehidrasi.
9. Sakit kepala.
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
14. Meningkatkan keinginan untuk makan.
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru.
17. Degupan jantung semakin meningkat.
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
Jadi apakah alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih? Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tak ramai yang memanfaatkannya. Malas untuk sering ke tandas barangkali. Ayuh kita didik anak-anak untuk memanfaatkan sepenuhnya keajaibannya.
err takut pulak baca. memang tak berapa suka minum air putih. huhu..
ReplyDeletesaya suka minum air putih..tengah2 tidur pon boleh bangun minum air putih..kadang2 boleh habis 2 botol besar air mineral..hehe..:-)
DeleteSgt bagus pengisiannya. Boleh dijadikan panduan & rujukan :-)
ReplyDeletea ah..betul tu..:-)
DeleteFuhhh.. sentap ai, hihi.. keinsafan menjelma tiba2, dengan pantas mengambil sebotol besar air masak. :D
ReplyDeleteelok la mengamalkan minum air masak banyak2..sebab tubuh memang memerlukan air yg banyak..lebih2 lg musim panas..:-)
DeleteLepas baca ni trus beli air putih. Haha.. terbaik
ReplyDeletesy ni tak kuat minum air..selalu sehari minum 2 liter air je,tp bdan rsa tak selesa sgt sbb krg minm air..tekak dan badan rasa panas
ReplyDeletesaya pun kurang minum air masak. tapi setiap kali minum air suam (sama ada order dari kedai mamak atau buat sendiri di rumah) badan secara automatik akan mengeluarkan peluh. bawah kipas pun boleh keluar peluh. tapi minum coke. minum teh ais elok xde pulak apa2
DeleteMacam mane pulak kalau doc tak bg minum air lbih dari 500ml satu hari... sdg kn kaki tngan sllu krem krem.. rasa lmah smpai lngsung x btnaga...
ReplyDeleteSy minum air beralkali ianya menyihatkan
ReplyDelete