expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 5 February 2013

Langkah-langkah menjimatkan penggunaan air





AIR adalah keperluan asas kita yang memainkan pel­bagai peranan yang penting dalam kehidupan seharian.


Menurut Majlis Air Sedunia, permintaan terhadap air akan berlipat kali ganda dalam tempoh 20 tahun. 


Pada tahun 1950, hanya 12 negara membabitkan 20 juta penduduk yang mengalami masalah kekurangan air tetapi dijangka pada tahun 2050, seba­nyak 65 negara akan terbabit, membabitkan 7 bilion penduduk. 


Memandangkan permintaan air bersih kian meningkat sedangkan sumbernya semakin berkurangan, maka langkah penjimatan dan pemuliharaan perlu dilakukan. 


Langkah-langkah untuk menjimatkan air, antaranya:






1. Mandian 


  •   Kurangkan jumlah dan masa mandian. 
 
  •   Tutup pili air ketika ber­sabun atau bersyampu.
 
  •   Menggunakan sabun dan syampu berasaskan organik lebih menjimatkan air kerana ia kurang berbuih dan memerlukan air yang kurang untuk membilas. 
 




2. Penggunaan tandas 


  • Curahkan air yang pernah digunakan (air basuh tangan atau sayur-sayuran) daripada menggunakan pengepam. 
 
  • Pasang peralatan dua-pam dalam sistem pengepaman. Berbanding dengan sistem biasa yang menggunakan 10 liter air setiap kali pam, sistem dua-pam hanya menggunakan 6 liter bagi pengepaman penuh dan tiga liter untuk pengepaman separuh. 
 
  • Gunakan tandas cangkuk bagi penggunaan yang sing­kat.

3 comments:

  1. memang susah kalau x ada air... nanti banyak perkara yang x boleh nak dibuat... kan susah...

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com