Gurun pasir tidak semuanya pasir. Di beberapa lokasinya
terdapat tasik-tasik alam yang airnya berasal dari sumber air tempatan ataupun
yang berasal dari curahan hujan tahunan.
Di sini juga biasanya dijumpai pokok-pokok palma malah
terdapat juga tanaman buah-buahan dan taman yang subur. Di lokasi oasis seperti
inilah biasanya populasi terbentuk. Sayangnya banyak yang lenyap kerana
pelbagai sebab.
1. Tasik-tasik Ubari, Oasis Erg Awbari, Sahara
Lokasinya berhampiran Fezzan dan 30 km di sebelah utara
Germa, Libya. Tasik berair masin ini merupakan suatu lokasi pusat perdagangan
bagi warga tempatan yang kebanyakan menjual cenderamata dan barang-barang
lainnya di pinggir tasik.
Umm Al-Maa, yang bererti Ibu Air, merupakan salah satu tasik
terbesar di oasis ini. Sayangnya, seperti danau-danau lainnya, lapisan air di
kawasan ini sangat kurang sehingga tasik-tasik ini mulai mengering.
Dengan airnya yang mulai kotor, kandungan garamnya pun pada
masa ini sama dengan di Laut Mati. Tingginya garam di tasik Umm Al-Maa
menjadikan anda mudah terapung jika mandi di sini.
Bekas kota Gebraoun yang telah ditinggalkan penduduknya
terletak tidak jauh dari sini dengan runtuhan bangunan yang impresif
menunjukkan bahawa tasik-tasik di sini pernah menjadi sumber pergantungan hidup
yang mencukupi dan berkualiti.
2. Oasis Huacachina, Peru
Hucachina merupakan bandar oasis kecil di daerah Ica, barat
daya Peru. Oasis yang diberi nama "Oasis of Americas" ini merupakan
kawasan resort popular di kalangan pelancongan asing atau pun tempatan.
Legenda tempatan menceritakan bahawa tasik ini terbentuk
semasa pemburu muda mengganggu seorang puteri cantik yang sedang mandi. Puteri
tersebut segera pergi menghilang dan meninggalkan kolam air yang kemudian menjadi
tasik.
3. Oasis Turpan, China
Turpan, atau dikenali juga dengan nama Tulufan, merupakan
bandar oasis di daerah Xinjiang Uygur, China. Jaraknya hanya 8 km sebelah barat
runtuhan kota Jiaohe, suatu daerah sempadan pasukan garnisun yang dihancurkan
oleh Genghis Khan pada zaman dinasti Han.
4. Tasik Gurun di Brazil
Tasik gurun yang indah ini terletak di Lençóis Maranhenses
National Park, Maranhao, Brazil. Terbentuk sebagai sebahagian dari suatu sistem
tasik air tawar yang berasal dari hujan selama enam bulan pertama tiap tahunnya
dan kemudian akan berkurang secara bertahap dan tahun berikutnya airnya akan
bertambah kembali.
Beberapa tasik di antaranya terdapat pokok-pokok palma,
sementara yang lainnya gersang.
5. Tasik Creescent di Gurun Gobi China
Tasik gurun ini terletak di hujung sebuah kota kuno yang
boleh dijumpai dalam perjalanan sepanjang Silk Road ke Barat. Pada masa ini
mulai mengering dan turun lebih dari 25 kaki sepanjang 30 tahun terakhir kerana
digunakan terus oleh petani dan populasi yang semakin meningkat.
Ini mengakibatkan beransur menghilangnya tasik ini yang telah
wujud sejak ribuan tahun yang lalu.
6. Oasis Chebika, Tunisia
Oasis cantik ini mungkin adalah oasis yang paling banyak
dilihat orang tanpa disedari. Di sinilah lokasi pengambaran filem Star Wars
Episode IV: A New Hope. Nama oasis ini pun akhirnya diambil dari salah satu
karakter filem tersebut iaitu Chewbacca.
Beberapa jenis pokok buah-buahan lainnya, bijirin, dan
sayur-sayuran juga tumbuh di sini. Hasil tinggi dan dihantar ke daerah lain di
Nigeria.
8. Oasis di Oman
Oasis hijau ini tersembunyi di tengah gurun Oman. Beberapa
oasis bagi kesultanan Oman kerap dijadikan tempat kajian botanikal di bidang
agro-biodiversity. Para pengkaji juga mencari sebab mengapa jumlah oasis
berkurang dengan cepat.
Sebenarnya masih banyak oasis semulajadi lainnya di muka bumi
ini, tapi inilah yang masih berbaki dan dimanfaatkan manusia dan
terdokumentasi.
Subhannallah! Cantiknya ciptaan Allah..
ReplyDeletesubhanallah..memang cantik ciptaan Allah..:-)
Deletewalau pun gurun berpasir...tapi indah ciptaan tuhan nie kan...?
ReplyDeleteya..memang indah..:-)
DeleteSubhanallah.. Bnyk pengetahuan ttg oasis dpt diketahui. Sgt informatif.
ReplyDeletethanks..semoga bermanfaat utk anda..:-)
Deletesubhanallah..sungguh indah ciptaan Yang Maha Esa..
ReplyDeletesubhanallh..memang tersangat indah ciptaan ilahi..:-)
DeleteOasis Huacachina, Peru tu cantik. tepi2 pasir kt tengah ade kehidupn. Subhanallah
ReplyDeletea ah..memang cantik kan..mesti best klu pergi sana..:-)
DeleteIndahnya ciptaan Ilahi..Subhanallah
ReplyDeletebetul2 indah..;-)
Deletethanks..:-)
ReplyDeletelawa, mesti best mandi kat sana kan?hehe (^___^)
ReplyDeletememang best..:-)
DeleteSubhanaAllah...cantik sgt, mcm2 perasaan menyerbu diri bila tgk...ternganga pun ada jugak. :)
ReplyDeletehuah.. indah kan??
ReplyDeletememang indah faizol..:-)
DeleteWow..ad pakej perlancongan ke sana tak? Rasenye mahu cuba dtg kesana..
ReplyDeleteada la..ikut negara masing2..hoho..:-)
Deletehabibi ana mau pergi sana laa...fuhhh kalo kite kat sana baru terasa mcm mana depa byg2kan air depan mata mereka...em em
ReplyDeletehabibi ante boleh pergi sana laa..betul tu..boleh rasa nikmat sendiri kat sana..hehe..:-)
DeleteSubhanallah......cantik walau di tengah2 gurun pasir yg gersang tu.....
ReplyDeletememang cantik ciptaan ilahi..:-)
Deletesangat cantikkkkkk...Oasis tengah padang pasir....tengah panas pastu terjun mandi kat oasis segar giler...hahaha
ReplyDeletememang cantik sgt2..hehe..:-)
DeleteOasis nie adalah kawasan lembah di tengah2 padang pasir... kawasan oasis biasanya sangat subur dan sangat sesuai untuk bercucuk tanam kan...tak sangat kawasan oasis juga mempunyai pemandangan yang sangat cantik....subhanallah....
ReplyDeletemselim3
pls: Indahnya ciptaan-Nya pasti terpaku,,,,
betul tu..:-)
Deletesangat cantik
ReplyDeletea ah..cantik..:-)
Deletewah...gud info..taktaulah pulak padang pasir ade oasis..
ReplyDeletedah macam astro oasis :)
thanks..dalam geografi ada belajar part nie..:-)
Deletecantik...
ReplyDeletememang cantik pha is..:-)
Deletemmg indah ciptaan allah ni...walaupun tempatnya gersang masih ada sumber air bg kelangsungan hidupan....
ReplyDeletebetul tu..:-)
Delete