Siapa Gergasi Internet?
Pelayar Internet sekarang sedang berperang antara satu sama lain. Di
dalam proses mereka berebut takhta, pasti anda tertanya tanya yang mana antara
tiga pelayar terbesar ini akan menang. Kita semua melihat perkembangan ini.
Pastinya
sukar untuk membayangkan dunia di mana kita perlu membeli perisian untuk
melayar di atas talian. Namun itulah yang perlu dilakukan suatu ketika dulu.
Pada waktu terawal internet, tidak ada banyak perisian yang boleh dipilih untuk
melayari internet. Majoriti pengguna dahulu hanya boleh menggunakan Microsoft
Internet Explorer, sesuatu yang susah dibayangkan pengguna sekarang.
Zaman
Netscape
Ia bermula
apabila Netscape Communications Corporation (Netscape) memperkenalkan Netscape
Navigator (Navigator), pelayar web komersil percuma yang amat mudah digunakan
oleh kerana ia mempunyai fungsi intuitif. Sejak diperkenalkan, Navigator dengan
pantas mengambil alih 80% pasaran dari pelayar berasaskan Mosaic yang lain.
Namun
begitu, ia hanya direalisasikan pada 1994 dan tak banyak yang boleh dipilih
ketika itu. Pilihannya hanyalah sama ada menggunakan Navigator atau kod yang
anda bangunkan sendiri. Jadi ia amat senang untuk mengetahui kenapa Navigator
amat popular. Walaupun begitu Netscape dibeli oleh America Online (AOL),
sesuatu yang akan menentukan nasibnya bertahun kemudian.
Microsoft
juga memasuki pasaran pada 1995 dengan Internet Explorer (IE) yang pertama
mereka. Berasaskan teknologi yang sama dengan Navigator, produk akhirnya agak
primitif berbanding dengan Navigator. Walaupun begitu ia diedarkan percuma
dengan setiap Windows 95 Plus. Sekaligus menarik minat orang awam yang tidak
celik IT dan suka memilih perisian yang boleh dimiliki percuma dengan Windows
(satu dari dua benda ini akan bertukar di dalam 20 tahun)
Kombinasi
Netscape dilembabkan oleh AOL dan Microsoft mendapat lebih banyak bahagian
pasaran dengan IE yang lebih senang dimiliki membuatkan Navigator jatuh
merundum.
Dengan
Netscape seakan sudah tidak releven, IE dari Microsoft mula memperbaiki fungsi
dan kestabilannya. Pada 1998 ia mencapai tahap di mana 96% dari keseluruhan
pasaran menggunakan IE.
Pasaran
Terbuka
Pada hari —
hari terakhir Netscape, pembangunnya telah mengeluarkan kebanyakan dari kod
asas untuk pelayar mereka di bawah lesen Open Source.
Ini akan
digunakan untuk menjadi sesuatu yang mencabar IE pada masa depan, walaupun
Netscape dalam bentuk berbeza. Kebanyakan orang mungkin mengenalinya dengan
namanya sekarang, Mozilla Firefox, pelayar Open Source yang paling dikenali.
Dengan
Firefox masih lagi cuba menjadikan kod Netscape untuk menjadi pelayar yang
bagus, IE pula memonopoli pasaran. Produk Microsoft ini mempunyai 70% pegangan
pasaran tidak sampai 4 tahun yang lalu. Pelayar yang dikenali ramai itu
bukanlah pelayar yang terbaik pada masa itu, namun tidak ada produk lain yang
mampu melawannya.
Situasi
berubah pada September 2008 di mana Google mengambil keputusan untuk menyertai
pasaran pelayar dengan pelayar Chrome mereka yang agak kool. Antaramuka yang
bersih dan sistem yang senang guna membuatkannya diminati komuniti teknologi,
namun tak ramai yang perasan atas kewujudannya. Salah satu sebab ialah fasa
Beta awam hanya berakhir pada Julai 2012!
Data
Penting
Mengikut
GlobalStats StatCounter, pengguna Chrome telah melebihi pengguna IE pada akhir
Mei 2012. Walaupun tak banyak beza, tapi ia mempunyai impak yang besar.
Pengguna telah merungut tentang kelembapan IE saban tahun, dan juga isu
keselamatan yang terdapat pada IE. Firefox adalah satu alternatif, namun
pelayar Open Source ini lebih diminati bagi mereka yang lebih celik IT.
Modul
yang berlainan, versi pembangunan, pelepasan snapshot dan fungsi tambahan
melalui 'add-on' agak (masih) tidak mesra pengguna, terutama bagi mereka yang
tak mahu pelayar yang rumit.
Walaupun
begitu, NetMarketShare dari Net Applications yang dilihat penganalisa
sebagai standard tertinggi bagi statistik penggunaan pelayar melaporkan yang IE
masih lagi memegang tempat pertama dalam pasaran pelayar, hanya angkanya
sedikit di bawah 50%. Memetik kata CEO GlobalStats, Aodhan Cullen yang
dilaporkan di dalam artikel betanews mengatakan "Peperangan pelayar
kembali, dan kini ia lebih besar!"
Cullen
mengatakan bahawa sekarang ada tiga kuasa besar yang bertanding bagi kedudukan
pertama, namun "… pemenang sebenar adalah pengguna yang pasti mempunyai
lebih banyak pilihan dan inovasi disebabkan pertandingan yang sengit ini"
Perbezaan di
antara data syarikat Cullen dan Net Applications adalah jenis sampel metodologi
yang digunakan. GlobalStats menggunakan bilangan keseluruhan paparan halaman
dari pelayar tertentu. Net Aplication pula menggunakan paparan halaman yang
unik. Perbezaan statistik ini menunjukkan bahawa walaupun pengguna IE
lebih ramai, namun pengguna Chrome lebih banyak meluangkan masa di internet.
Walaupun
begitu tak ada lagi kajian menyeluruh bagi subjek ini oleh kerana tiada kertas
kerja yang betul dibuat bagi kajian dan analisa statistik kedua — dua syarikat
ini. Jadi tiada informasi yang kukuh dan ketara boleh diambil.
Penggunaan Pelayar Di Dunia
|
Dari Segi
Nombor
Walaupun
pengguna Chrome mewakili majoriti trafik internet, namun ia tidak bermaksud
pelayar Google ini telah menakluki keseluruhan dunia. Penggunaannya masih
berbeza berdasarkan kedudukan geografi.
Sebagai contoh,
GlobalStats memendedahkan pada June 2012, IE masih lagi mengawal 40% pasaran
Amerika Utara, berbanding 24% bagi Chrome dan 21% bagi Firefox. Namun di
sebalik sempadan dan di seberang Terusan Seuz, statistik itu pula terbalik
dengan Chrome mempunyai 48% pegangan pasaran manakala IE 28% sahaja.
Amat menarik
apabila Firefox masih lagi mengekalkan pegangan 20% bagi kedua — dua benua. Apa
yang mengejutkan adalah pengganti Netscape ini mempunyai pegangan yang kuat di
Eropah dan juga Afrika. Walaupun ia hanya mendahului sedikit saja berbanding
dengan IE dan beza 10% dengan Chrome, ia masih satu pencapaian yang
membanggakan.
Menurut
artikel penggunaan pelayar CNET yang ditulis oleh Stepehn Shankland, Chrome
sekarang sedang dalam proses mengukuhkan kedudukan dan mungkin dapat memintas
Firefox tak lama lagi. Pandangan beliau diambil dari data yang dikumpul Net
Applications, yang menunjukkan pelayar Google ini dapat menandingi pelayar
Mozilla dalam tahun ini.
Berdasarkan
statistik, satu soalan pasti akan ditanya. Kenapa penggunaan amat berbeza di
benua yang berlainan.
Teori
Walaupun
tidak boleh disahkan, namun kita boleh menganggap Amerika Utara adalah rantau
pertama mendapat Internet, yang bermaksud ia mempunyai sistem legasi IE yang
terbesar masih terus dihubungkan dengan Internet. Ia menjadikan IE didapati di
dalam bisnes bersaiz kecil dan sederhana yang tidak mempunyai dana atau tidak
faham keperluan untuk menaik taraf perkakasan ICT mereka. Mungkin juga
perkakasan mereka masih lagi mempunyai IE yang lain jadi statistik penggunaan
IE sebenar tidaklah kukuh.
Satu lagi
faktor adalah di mana polisi jabatan IT yang memastikan kesemua tempat kerja
organisasi mempunyai IE. Operasi prosedur standard (SOP) ini tidak boleh
dipandang remeh. Pentadbir Sistem lebih suka untuk menstandardkan penggunaan
perisian untuk senang diurus. Oleh kerana IE memang terdapat di dalam Windows
maka SOP bagi banyak syarikat menggunakan IE sebagai satu-satunya pelayar yang
perlu digunakan di pejabat.
Walaupun
begitu di era 'Bring Your Own Device' (BYOD bermakna Bawa Peranti Sendiri),
banyak syarikat terpaksa mengembangkan dan mengadaptasi dengan peranti yang
lebih meluas. Jika ia berlaku, setiap PC akan mempunyai banyak jenis pelayar
yang lain. Perubahan polisi ini menjadi salah satu penurunan mendadak IE.
Statistik yang kami ada tidak menunjukkan fenomena BYOD mengakibatkan penurunan
itu namun ia masih boleh diambil kira.
Bagi negara
yang membangun seperti Brazil dan India, mereka tampak seperti lebih gemarkan
Chrome. China tidak boleh dicatatkan penggunaan mereka kerana mereka mempunyai
banyak perbalahan dengan syarikat dari Mountain View ini dan secara aktif
menghalang Google. Ia juga mengubah angka statistik dengan banyak.
Google Chrome
|
Pasaran
Kompetitif
Jika trend
yang dilihat sekarang berterusan, kita boleh menganggap yang Chrome pasti akan
menjadi pelayar nombor satu tak lama lagi. Berdasarkan GlobalStats dan Net
Applications, hanya Afrika boleh dikatakan rantau yang masih berpegang teguh
pada Mozilla.
Screenshot Chrome
|
Penggunaan
IE pula masih menjunam. Kitaran pembangunan Chrome yang pantas dan juga
pengemaskinian yang senyap boleh dilihat sebagai perubah yang akan mencantas
pegangan Microsoft di dalam pasaran pelayar.
Mozila Firefox
|
Terdapat
peluang nipis yang menyebabkan pengguna mungkin akan kembali ke Firefox sebagai
alternatif. "Walaupun fokus adalah bagi pertandingan di antara Chrome dan
IE, Mozilla yang membangunkan produk tanpa untung mempunyai pengguna setia dan
tidak boleh dipandang rendah" kata Cullen. Joe Wilcox, wartawan bagi
Betanews yang menulis artikel mengenai pandangan Cullen pula menanyakan jika
itu boleh berlaku.
Screenshot
Firefox
|
Wilcox
merasakan Google sedang memegang momentum kelajuan inovasi mereka, Microsoft
pula bergantung pada stabiliti pelayar dan juga mula menukar kepada kelajuan
yang lambat namun stabil. Beliau juga menyatakan disebabkan dua pesaing besar
ini bertanding dengan hebat, Firefox telah menjadi "mangsa kolateral
selepas dicantas Chrome" dan tersisih ke tempat ketiga dari segi penggunaan
pelayar dunia.
Microsoft IE
|
Bolehkah
IE Kembali?
Mengikut
Shankland, Microsoft banyak mempromosi IE9, yang banyak memperbaiki kelemahan
IE yang tiada pada tahun — tahun lampau.
"Syarikat
ini juga sedang sibuk untuk membimbing pengguna untuk meninggalkan IE6, dan
memasarkan IE10 yang akan dipadankan dengan Windows 8" kata beliau.
Screenshot IE
|
Wilcox juga
mengatakan bahawa populariti Chrome tidak akan dapat menandingi IE pada masa
terdekat, namun beliau mengatakan Firefox yang sekian lama menjadi pelayar no 2
agak goyah.
Statistik
dari Net Applications juga menunjukkan yang versi terbaru IE, IE9 telah
mengambil semula sebahagian dari pegangan pasaran. Di sebalik usaha pemasaran
besar — besaran IE9, ia dengan sendirinya agak kukuh dan memperkenalkan
pelbagai inovasi yang diilhamkan oleh pesaingan.
Jadi
Bagaimana Sekarang?
Ia mungkin
bermakna pasaran pelayar akan kembali statik. Apabila Netscape gagal, ia
memberikan peluang bagi Microsoft untuk mengawal pasaran. Walaupun IE terdahulu
agak lemah dari segi kod, tidak banyak sekuriti, banyak masalah namun dengan
itu saja pengguna dapat pergi online. Mujurlah pembangun IE telah berusaha
untuk menjadikan IE setaraf dengan Chrome dan Firefox sekarang.
Masa
Hadapan.
Selepas kita
memasuki era teknologi yang seterusnya, kita hanya mampu membayangkan apa akan
terjadi nanti. Kita pasti lihat Microsoft tidak akan membiarkan IE mati, dan
mereka mempunyai sumber untuk memastikan IE bertahan selama yang mungkin.
Kita juga
pasti akan melihat ada persaingan dari Mozilla. Walaupun Firefox mati, namun
masih ada pengaturcara di luar sana yang mampu menyelamatkan sesuatu dari
'bangkai' itu. Chrome dari Google, seperti saham yang berpotensi tinggi,
kelihatan akan naik lagi.
Pembaca yang
bijak pasti akan perasan yang pelayar lain seperti Safari dan Opera tidak
disebut di dalam artikel ini. Ia adalah kerana pengaruh mereka kepada pasaran
pelayar dunia amat kecil sekali. Malah kombinasi pegangan pasaran kesemua
pelayar lain tak mampu untuk mengacau mana — mana tiga pelayar paling besar
ini.
Sebenarnya
pasaran pelayar sekarang tak akan sama lagi selepas satu dekad berlalu. Ia
kerana trend perkomputeran mudah alih, dengan kenaikan populariti tablet
dan telefon pintar pasti akan mengakibatkan anjakan paradigm kepada
pelayar web mudah alih. Walaupun tak banyak statistik bagi pelayar web mudah
alih, namun ketiga-tiga kuasa besar pelayar ini, mengetahui yang ia makin
popular dan mereka dengan pantas melancarkan versi mudah alih tersendiri.
Walaupun begitu tak banyak yang boleh dikatakan lagi mengenainya.
Mungkin ini adalah berita baik kerana ia menunjukkan pasaran bagi pelayar web mudah alih masih lagi terbuka. Dengan pengkomputeran mudah alih makin meluas, ia menunjukkan pertandingan pelayar akan berubah ke fasa yang baru yang tiada pemenang boleh diteka lagi.
Semuanya
menunjukkan yang semangat bersaing itu masih ada. Tiada satu pun pelayar yang
boleh dikatakan selamat dan mereka perlu sentiasa berinovasi dan memperbaiki
pelayar masing-masing. Kami, pengguna akan dapat meraih manfaat dari persaingan
ini dan menunggu inovasi terbaru yang akan diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment