expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 27 February 2013

Petua penjagaan rambut



Santan luruskan rambut


Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut, amalkan petua ini.


Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.










Dadih lembutkan rambut


Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam kira-kira 60 darjah Celsius. Perahkan air limau nipis, kacau dan simpan dalam peti sejuk selama enam jam.


Apabila pekat boleh dilumur pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insya-Allah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.








Daun bunga raya elak rambut gugur


Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh sehingga bersih dan kisar. Kemudian perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kali seminggu dan anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat secara semula jadi.








Elak mengikat rambut


Rendam kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya untuk disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, usah mengikat rambut dengan getah bagi mengelak rambut gugur.









Rambut bersinar dengan telur


Asingkan putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapu pada rambut. Biarkan 15 hingga 25 minit. Seterusnya, bilas rambut menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Rambut anda akan lebih bersinar.









Limau nipis atasi rambut kering


Untuk mengatasi masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak, lumurkan limau nipis pada rambut kemudian biarkan selama 25 hingga 35 minit dan bilas menggunakan air bersih.

22 comments:

  1. yang limau nipis tu selalu buat. best sebab rambut wangi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best..limau nipis boleh buat hilang kelemumur gak..:-)

      Delete
  2. haah.. dulu selalu ikat rambot.. tapi byk gugur.. tak ikat dah. -_-.

    ReplyDelete
  3. bestnyee... kalau rajin, semua boleh jadi kan ! :D

    ReplyDelete
  4. nice info ni...nanti nak try la....

    ReplyDelete
  5. selamat malam sobat..
    baru tahu nih masalah merawat rambut seperti ini.
    sungguh sangat menambah ilmu..
    terima kasih sobat..

    ReplyDelete
  6. thanks info ini..sy nak cuba limau nipis tu..rambut sy agak kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. limau nipis paling senang..memang bagus limau nipis nie..banyak kelebihan dia..:-)

      Delete
  7. masa kecik2 dulu mak n nenek selalu tanak kelapa so dpt laa minyak dia tuk disapu pada rambut tiap2 hari seblom g sksolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak kelapa nie bagus..banyak kegunaannya..klu sapu kat rambut,rambut payah nak uban nanti...

      Delete
  8. limau nipis tu sesuai utk lelaki tak?? lepas tu nk tanya, limau nipis ni kena perah dulu atau mcm mana?? tlg jelaskan lagi. hehe.. terima kasih.

    ReplyDelete
  9. ada kesan sampingan tak klau ikut petua ni??

    ReplyDelete
  10. klau kita guna semua petua ni dlm 1 hri boleh ke?tkut terjadi pape

    ReplyDelete
  11. Sapu limau nipis ni mase mandi bole x?

    ReplyDelete
  12. Salam kenal ...
    terima kasih ata info yang menginspirasi ini...
    oya kalau untuk tren kaos kaki wanita yang banyak diminati wanita saat ini seperti apa ya..
    mohon infonya ya..

    ReplyDelete
  13. Salam

    Saya ada produk mengatasi keguguran rambut yang terbaik kerana

    1. Produk keluaran tempatan berasaskan herba (tanpa bau herba)
    2. Diiktiraf HALAL dan duanugerahkan sijil Good Manufacturing Product (GMP)
    3. Mempunyai pusat rawatan sendiri di Puchong Utama (sebarang masalah boleh merujuk terus dengan kami)
    4. Harga rawatan dan produk yang sangat munasabah (bawah RM1000 untuk keseluruhan 10 sesi)
    5. Kami hantar terus ke rumah anda (pos)
    6. Testimonial pengguna yang berjaya
    7. Hadiah misteri (sila nyatakan anda mendapat info ini dari blog ini)

    Fifee
    0177020178
    whatsapp 0167450303

    ReplyDelete
  14. terima kasih ya .. untuk tips kecantikannya..
    sebaiknya aktifitas lulur ini dilakukan berapa hari sekali..
    dan kalau untuk pabrik kaos kaki muslimah yang bagus itu dimana ya..

    ReplyDelete
  15. salam kenal..
    Tips untuk merawat rambut bagus sekali...dan kalau untuk cara supaya kaos kaki wanita tetep cantik ada juga enggak ya...
    bisa bantu carikan infonya..

    ReplyDelete
  16. mmg best.sy sllu gunakan santan kelapa....

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com