Latar Belakang Ibnu Sina
IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna
mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina.
Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia
lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara
Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak
adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula
belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau
telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu
Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga
telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu.
Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf
dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa
kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat
karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya
termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik,
syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai
menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang
mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan
menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk
yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar
yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh
Pater Dominican di Kaherah-Mesir.Antara yang terkandung dalam buku tersebut
termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau
adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia
kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya
digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan
dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat
musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan
lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah
‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher
merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandungan hempedu sebagai ‘markas
pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem
komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan
pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam
suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap
sebagai suatu penemuan tentang sirkulasi darah, kerana bangsa cina tidak
membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arteries).
Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan
kitaran alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan
secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.
Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor
perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit-
Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai
himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat
pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan
pembedahan.
Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo,
Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi
buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah
disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah
edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada
abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran
di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran
Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke
17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut
sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai
‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani
Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan
Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan
mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara
pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam
buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di
samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan
pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.
Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum
Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik.
Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja
Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith",
puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di
Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun
378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit
sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati
baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak
memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan
barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi,
kimia dan kosmologi.
Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu
menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang
dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori
pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus,
Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina "gunung-ganang
yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya
dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa
dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat
proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai
lembah-lembah."
Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta
kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery,
karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral)
menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan
penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah
menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang
lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu
Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat
disini adalah daripada :
1.Bidang logik "Isaguji", "The Isagoge",
ilmu logik Isagoge.
2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the
Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
3.Bidang metafizik , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of
Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).
6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts
al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah"
syair-syair tentang jiwa manusia.
8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr"
cerita seekor burung.
9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on
Politics) – Buku tentang politik.
Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam
perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini
sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau
memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis)
untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan
humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan
oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang
menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981)
melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat
berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang
pelbagai .Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit
dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin
mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.
Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada
kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara
berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya
dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu
terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah
mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan
keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat
mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut
peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor
perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary
tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia
menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang
timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind)
atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal
hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu
Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam
bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur ,
paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun
itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada
zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di
universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.
Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada
bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati
1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia
telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya
, dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu.
Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang
lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau
dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.
RUJUKAN
Baharudin
Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat
pengajian umum UKM, Bangi.
Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi
H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta.
Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi
H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta.
bangga dgn ilmuwan Islam :) semoga umat Islam sekrg akan terus bangkit to achieve zaman kegemilangan like in the past.
ReplyDeletejom terjah sini: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/
betul tu..umat islam patut bangkit utk mengangkat semula martabat ilmuan zaman dahulu..jgn biarkan org lain merampas ilmu kita..buktikan kegemilangan islam utk masa hadapan
Deleteramai yg tak tahu,.semua ilmu yg org putih kaut tu sebenarnya hak milik org islam...pada asalnya semua tokoh ilmuan bermula oleh tokoh2 islam...
ReplyDeletebetul tu..sebab tu umat islam sekarang patut berjuang utk mengambil semual ilmu2 yg telah dirampas oleh org barat..kita yg kaji ilmu tu diaorang pula yg dapat nama..memang tak adil...
Deletehebatkan? suka baca kisah2 ilmuwan islam, KY hari2 tengok kat tv al-hijrah kisah2 ilmuwan islam tapi di kartonkan..kat tempat KY pun ada klinik yg gunakan nama Ibnu Sinar
ReplyDeletememang hebat..a ah..bagus sebenar membaca kisah2 ilmuan islam..kita dpt tahu asal usul kajian yg mereka buat..kajian yg mereka buat mendahului ilmuan barat..ilmuan islam memang hebat..:-)
DeleteIbnu Sina...tokoh terkenal para ilmuan Islam...tapi dalam banyak2 tokoh..sy paling suka sultan mohammad al-fatih...pasal Ibnu sina ni time sekolah dulu hari2 hafal faktar pasal dia...hoho..masuk dlm sylibus ni...
ReplyDeletebagus lah..semoga kita mengenal semua ilmuan islam..mereka banyak berjasa kpd umat islam dan dunia nie..:-)
DeleteNice sharing ^_^
ReplyDeletethanks..;-)
DeleteKini kita ketandusan ahli bijak pandai sptnya.. barangkali ada, pasti sukar diketengahkan akibat agenda yahudi & nasrani berserta jentera musrikin yg sentiasa membuat kita leka drp menghargai ilmu. Thanks for sharing.
ReplyDeletebetul tu..hanya yg betul2 berani berjuang saja boleh menegakkan semula kegemilangan ilmu islam ini..jgn kita terpedaya dgn muslihat musuh2 islam nie..mereka hanya mahu menghancurkan islam je..jadi, belajar lah rajin2 utk anak2 bangsa kita...
Deleteada dalam pendidikan sejarah tingkatan 6.
ReplyDeletesusah jugak nak faham.
hehehe
kena banyak buat revision..baru faham..:-0
Deletezaman sekarang sudah tiada ulama' yg dapat menguasai banyak dan pelbagai ilmu spt mereka. oleh kerana itu hari ini, fatwa atau pendapat dikeluarkan melalui majlis fatwa atau syura ulama' yg mghimpunkan para ulama' yg pelbagai bidang ilmu
ReplyDeletebetul tu..:-)
Deletezaman kegemilangan islam...
ReplyDeletebetul tu pha is..lepas nie minta ada lg kegemilangan islam utk zaman sekarang..:-0
Deletebijak kan tokoh2 islam terdahulu.
ReplyDeletea ah..mereka semua memang bijak pandai..tp kita umat islam tak memanfaatkan sepenuhnya apa yg mereka sumbangkan..org lain pula yg banyak merampas ilmu mereka nie...
Deleteibnu sina tokoh perubatan islam ... betul la ... asalnya ,, semua ilmu hak orang islam ... tapi orang barat yang kuasai... sebab orang kita tak tahu nak hargai ... bagi diorang ,, ilmu masuk dalam kepala dah ... tak payah banyak fikir ...
ReplyDelete