MENGHADIRI temujanji dengan kenalan baru lalu dirogol?
Mengapa kes begini masih wujud? Apa yang membimbangkan, dahulu ia hanya berlaku
di pesta muda-mudi dan kelab malam, tetapi kini ada kes dilaporkan berlaku di
tempat awam seperti kedai makan atau dalam kereta.
Sebenarnya jenayah rogol hampir mustahil dilakukan jika
mangsa tidak diberi perangsang seksual dalam bentuk dadah.
GHB (gamma hydroxybutyric acid), Rohypnol (flunitrazepam)
atau Roofies dan Ketamine (Special K) popular digunakan untuk tujuan di atas
satu ketika dahulu. Kini dadah tersebut sukar diperolehi disebabkan
penguatkuasaan undang-undang.
Malangnya pemangsa semakin bijak. Mereka beralih kepada
penggunaan campuran beberapa jenis arak, dadah sintetik dan cecair hormon
perangsang seks binatang seperti kuda.
Contohnya, mereka menambah sedikit gula dan pewarna kepada
campuran arak supaya minuman berubah warna dan bau menyerupai minuman
berkarbonat.
Penggunaan dadah sintetik dan cecair hormon lebih mudah. Ia
sukar dikenal dan pemangsa hanya perlu memasukkannya ke dalam sebarang jenis
minuman atau makanan. Ada yang berbentuk gula-gula atau rokok.
Kebanyakan pemangsa akan menyembunyikan dadah perangsang seks
di dalam genggaman tangan.
Mereka akan mencari kesempatan memasukkannya ke dalam minuman
sewaktu tidak dilihat oleh mangsa.
Anak gadis yang terminum akan menjadi mengantuk, berahi dan
tidak dapat mengawal pergerakan diri. Ini memudahkan mangsa dirogol tanpa
melawan.
Lebih malang, mangsa mungkin mengalami amnesia dan tidak
dapat mengingat tragedi tersebut dengan jelas lalu menyukarkan siasatan polis.
Mangsa juga berisiko mati akibat 'overdose'
kerana pemangsa cenderung memberi sukatan berlebihan kerana istilah 'sukatan
selamat' tidak wujud sama sekali.
Oleh itu, berhati-hati ketika bertemujanji. Ini bukan
bermaksud anda menjadi bosan atau paranoid.
Anda hanya perlu melindungi diri daripada terambil dadah
perangsang tersebut, yang penting jangan terpedaya dan sentiasalah berwaspada.
Lindungi diri daripada dadah perangsang seksual:
* Sebelum pergi bertemujanji, pastikan seseorang tahu ke
mana, bila dan dengan siapa anda akan bertemu.
* Berjumpa di tempat awam yang mempunyai ramai orang. Jika
ke parti dan terjumpa kenalan baru, jangan sekali-kali beritahu alamat tempat tinggal
anda.
* Jangan pergi bertemujanji seorang diri. Terutamanya jika
ia temujanji pertama. Bawalah kawan.
* Perhatikan sebarang tingkah laku mencurigakan dan jangan
beri dia peluang memasukkan sesuatu ke dalam minuman anda.
* Pastikan telefon bimbit dalam mode senyap. Ia akan
memudahkan anda menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekiranya memerlukan
pertolongan.
* Jika bertemujanji di dalam persekitaran samar-samar,
pegang gelas minuman sepanjang masa. Jika rasa perlu merehatkan tangan,
pastikan mata anda sentiasa terarah kepada minuman.
* Jangan terima sebarang pelawaan minum melainkan minuman
yang diambil sendiri. Paling selamat minumlah air tin yang anda buka sendiri
penutupnya.
* Jika minuman tersebut berasa pelik, berhenti minum dan
segera minum air mineral untuk melancarkan sistem pengkumuhan badan.
* Jika ada seseorang cuba memaksa anda minum, sediakan
alasan mengapa anda terpaksa menolak.
* Jangan malu untuk berkata 'tidak', beritahu sahaja
sebarang alasan seperti 'minuman ini membuat saya sakit' atau 'saya tidak mahu
muntah'.
* Jika pergi ke tandas, pastikan rakan anda tinggal
bersama minuman untuk menjaga keselamatan. Jika anda terlepas pandang, anggap
sahaja minuman tersebut tidak selamat dan dapatkan yang baru.
Akhir sekali, ketahui tanda-tanda jika anda telah pun diberi
dadah. Sekiranya anda terasa dunia bergerak terlalu perlahan atau mabuk walhal
anda tidak mengambil sesuatu yang memabukkan, anggap sesuatu yang tidak kena
telah berlaku.
Tinggalkan sahaja lelaki itu dan hubungi seseorang yang boleh
dipercayai.
Dadah perangsang seksual bertindak balas sangat cepat. Jika
anda tunggu, mungkin anda hanya tersedar pada keesokan hari dan ia sudah
terlambat!
bamacm=macam cara digunakan untuk dapatkan sesuatu kan huhu
ReplyDeletea ah..;-)
Deletetakutnya. makin menjadi2 pulak.
ReplyDeletesekarang pon dah macam2 kes rogol
DeleteSebaiknya jgn bertemu secara sendirian andai belum betul-betul mengenali dan pastikan penjaga tahu kemana mahu pergi.
ReplyDeletebetul tu..pastikan parent tau kemana anda pergi & dgn siapa anda ingin bertemu..klu boleh bawa parent sekali masa nak bertemujanji tu..hehe..xpon bawa lah teman2 baik anda..utk keselamatan diri anda..:-)
DeleteMenakutkan bila membacanya.. kalau setakat nak ambik barang2 berharga tak pe lagi lah.. nie sampai meragut maruah tu yang menakutkan. Tips seribupilihan listkan nie sangat2 berguna jika terjadi secara tak sengaja kan.. apa2 pun kalau nak keluar tu biarlah berteman bawak lah keluarga kita seorang..
ReplyDeletebetul tu..pastikan keluarga anda tau kemana anda keluar..klu boleh bawa lah seorang ahli keluarga kita..biasanya klu parent ada bersama kita mereka akn lebih memerhati kita dan org sekeliling kita..pemantauan ini akn menyebabkan org lain tdk berani mendekati kita..dan kita lebih selamat..:-)
Deletezaman sekarang ni semuanya nak kena berhati2... dan kita pun sebenarnya nak la kena pandai jaga diri kita sendiri...sayangi diri kita sendiri...and don't open ourselves pada benda2 yang mungkin memudaratkan diri sendiri... hu hu hu...
ReplyDeletebetul tu..hati2 dlm setiap perkara..utk kebaikan diri kita juga..:-)
Deletetakut nyer keselamatan anak-anak dara & adik-adik perempuan zaman sekarang..hilang dara pada usia muda mcm perkara biasa bg diorang..takut kan..
ReplyDeletea ah..memang takut sgt..penyakit sosial makin berleluasa..sama2 lah kita mengingati allah s.w.t..semoga dijauhkan dr kemaksiatan dunia ini..:-)
Deletesetuju tu... now bahaye mcm2 leh blaku
ReplyDeletea ah..:-)
Deletetu la arwah ayah paling risau masa mar smbung blaja kat KL dulu, hampir stiap ms die pesan jgn keluar dgn sebarangan lelaki, dn paling kerap die pesan, jangan minum air walau apa pun.. hemm tu la org perempuan kena hati2 jgn mdh terpedaya huhu
ReplyDeletebetul tu..jgn keluar sembarangan dgn lelaki..sayangi diri anda..kena hati2 dlm setiap perkara dan jgn mudah terpedaya dgn lelaki..:-)
Delete