expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 18 February 2013

8 Khasiat Timun





Jika sebelum ini, saya tidak begitu gemar makan timun. Orang kata timun ni sejuk. Jadi ia kurang baik kalau dimakan selalu. Lebih-lebih lagi golongan lelaki. Namun, akhir-akhir ini saya dapati timun ini sebenarnya banyak pula khasiat. Jadi, lepas ini saya akan mengubah persepsi tentang timun ini.


Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:


1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.


2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.


3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.


4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.


5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).


6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.


7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. 


Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering. 


8. Ada tak yang sakit tekak atau hilang suara


Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari. 


Insya-Allah, amalan ini akan menyelesaikan masalah anda tu. 



10 comments:

  1. Assalammualaikum.

    Lana pun tak brapa suka makan timun,hehehe.

    Tapi skali skala buat petua,ltk hirisan timun pada mata..bagi hilang sembap..pernah juga campur ngan bedak sejuk, timun yg dah ditumbuk, pastu lumur kat muka jadi masker ^_^

    #liyana, utk entry 'lambung bantal' tu, saya memang tak letak video.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      betul tu,saya pon selalu buat hirisan timun letak kat mata..segar mata..buat masker pon elok juga..kulit licin nanti..:-)

      ok,my dear..terima kasih..:-)

      Delete
  2. suka jugak mkn timun buat ulam. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..bagus sebenarnya timun nie..buat ulam boleh buat awet muda..:-)

      Delete
  3. nice entri,
    michelle suka makan timun ^^

    ReplyDelete
  4. info menarik...lepas ni pegi kedai makan boleh suruh dia buat jus timun...

    ReplyDelete
  5. Patut la saya tak gemuk-gemuk. saya suka makan timun rupanya. hahaha

    ReplyDelete
  6. Saya selalu buat mask timun. Sebelum tidur saya akan Hiris timun nipis2 lepas tu tampal kat muka dan saya akan biarkan mask timun sampai pagi..Wow..! Terasa Sejuk di muka.. Dalam beberapa hari Saya dapati kulit kering..garis2 halus pun hilang... Cubala sendiri

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com