Pokok peria (Momordica Charantia L) sememangnya banyak khasiat. Baik
dari segi buah, daun mahupun akarnya. Antara khasiat yang boleh anda peroleh
melalui pokok peria adalah merawat darah tinggi, penyakit kencing manis, cirit
birit dan menghilangkan gatal akibat
campak.
Banyak lagi sebenarnya. Tapi seribupilihan akan kongsikan
satu persatu dengan anda secara terperinci di bawah nanti ya.
1. Buah Peria
Dengan memakan mentah atau dijadikan sebagai ulam, buah peria
dikatakan mampu merawat darah tinggi dan kencing manis serta mengubati cirit
birit.
Selain itu, amalan di atas turut boleh menyembuhkan gout dan penyakit
asma.
Sebagai tambahan, ia juga bertindak sebagai anti-radang.
Jadi, ia berupaya menurunkan panas badan, menyegarkan tubuh serta mematikan
cacing.
Jikalau anda mengalami bisul dan nakkan ia cepat masak, boleh
makan ataupun sapukan saja buahnya pada mata bisul.
2. Daun Peria
Sekiranya anda berasa gatal-gatal akibat campak, tumbukkan
beberapa helai daun peria dan sedikit kunyit hingga lumat.
Kemudian, sapukannya pada bahagian yang gatal. InsyaAllah
rasa gatal itu akan hilang.
Selain ditumbuk, daun peria yang direbus turut mempunyai
khasiat tersendiri. Anda cuma perlukan 5 helai daun peria. Bersihkannya dan
rebus sampai mendidih.
Apabila anda meminum air rebusan ini, ia boleh mengatasi
masalah kesukaran membuang air besar, membantu meningkatkan selera makan serta menambahkan
air susu ibu.
Jikalau anda nak mencantikkan rambut pun boleh. Lumurkan saja
air rebusan tadi ke kepala anda sambil mengurutnya lebih kurang dalam 10 minit.
Setelah itu, biarkan saja ia lagi beberapa minit. Kemudian, barulah anda
membilas rambut dengan air bersih.
3. Akar Peria
Andainya anda sakit mata hati, cuba rebus akar peria hingga
mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam-suam kuku dan jiruskan saja
ia pada mata yang sakit.
Buat sekurang-kurangnya sekali dalam sehari tau.
peria goreng tepung...yummylicious... ^_^
ReplyDelete:-)
Deletebanyak ek khasiat die termasuk akar dn daun.. tp tu lah hmmm pahit, heeeeee :D
ReplyDeletea ah..pahit..pahit tu ubat cik mar..:-)
Deletetapi pahit. kalau pandai masak tak pahit kan.
ReplyDeletea ah..betul tu..;-)
Deletebanyaknye khasiat peria.
ReplyDeletemichelle suka makan buah peria :D
memang banyak khasiat..bagus lah..michelle sentiasa sihat kan..:-)
Deletetakut nak mkn sebab ramai kata pahit..terjumpa dlm peti ais rsa mcm seriau gile hehe
ReplyDeletehehe...pahit tu ubat xila..cuba makan..nanti rasa nak selalu..klu pandai masak peria tu tak pahit..orang kata rendam dlm air garam klu tak nak bagi peria pahit..:-)
Deletesalam. Tahniah kepada admin blog ni kerana mnjadi follower sy yg ke-100. Boleh emelkan kat saya? sebab sy nk ucapkn terima kasih & hargai follower. jadi, boleh emelkan kat sy di rabiatun.ara@gmail.com
ReplyDeleteterima kasih banyak2 ara biey..seribupilihan tak perasan pulak jadi follower ke-100..apa2 pon terima kasih ya..:-)
Deleteinfo yang menarik ni...cuma sy tak makan peria...mungkin nak kena modify masakan tu baru boleh makan kot....
ReplyDeletetak yah modify timi..klu pandai masak mesti sedap..klu tak nak bagi pahit peria tu rendam dlm air garam sebelum masak..:-)
Deleteinfo yg bermanfaat tp tu la sy kurang gemar sayur peria. mungkin sebab rasanya yg pahit tp klu pandai masak mmg sedap
ReplyDeletebetul tu..:-)
Deleteinfo yg sgt bagus..thanks!! buat la info byk2. nanti boleh kita follow info kesihatan tbaru.
ReplyDeleteinsyallah..terima kasih..seribupilihan selalu update info kesihatan..:-)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAssalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.
ReplyDelete▪
Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
▪
Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.
▪
Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi
▪
-Kaki luka bernanah
-Badan letih dan lemah akibat kencing manis
-Paling penting dapat lindungi buah pinggang
-Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
▪
🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
▪
Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum herba ni
▪
Stabil kan gula kembali..paling penting dapat merawat buah pinggang!
▪
iNi bkn jus buah buahan campuran biasa2 yg kat luar jual ni..😆
Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
▪
Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte trun kan kencing manis sekelip mata!💪🏻
NOTE :
Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.
Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.
0174687570
0174687570
En mohd zuhairi
#sharing is caring