Simpan
cara betul, elak tercemar dan menyebabkan keracunan
Ramai Pakar Pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan tidak betul, boleh menyebabkan ia mudah tercemar, sekali gus membuka ruang keracunan pada orang memakannya.
Ramai Pakar Pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan tidak betul, boleh menyebabkan ia mudah tercemar, sekali gus membuka ruang keracunan pada orang memakannya.
Sakit perut,
muntah-muntah atau kehilangan air dalam badan antara kesan ketara akibat makan
makanan yang sudah rosak atau tercemar. Malah dalam kes terpencil ada yang
menemui ajal kerana lambat mendapatkan rawatan.
Kadangkala makanan dibeli di pasar atau pasar raya, sememangnya bersih
dihasilkan, tetapi kerana kita tidak menyimpannya makanan dengan baik serta
betul, maka kuman serta bakteria mudah menghinggapi. Makanan yang bersih adalah
kunci kesejahteraan sekeluarga.
Panduan penyimpanan makanan secara asas :
Arahan penyimpanan makanan pada label bungkusan, bukan hiasan semata-mata. Baca, fahami dan ikut arahan tertera sebelum membuka bungkusan serta selepas membuka bungkusan. Kerana ada produk yang sesuai di simpan dalam ruang sejuk beku, atau sesuai diletakkan di dalam bekas kedap udara saja.
Bijirin
Umumnya, bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan
disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada sinaran matahari.
Penyimpanan di tempat yang sejuk dan berair memudahkan ia rosak. Sebagai contoh
beras mudah dihinggapi kumbangnya kalau sering terdedah dengan hawa sejuk.
Buah-buahan
dan sayur-sayuran
Mengekalkan kesegaran buah-buahan
dan sayur-sayuran, boleh dilakukan
dengan membungkusnya dengan plastik pembungkus makanan, sebelum dimasukkan ke
dalam bahagian ruang penyimpanan di dalam peti sejuk.
Bagi sayuran berdaun pula, ia perlu dikeringkan terlebih dulu sebelum disimpan
di dalam peti sejuk. Perlu diingatkan, supaya jangan menyimpan buah-buahan dan
sayur-sayuran di ruang sejuk beku kerana ini boleh merosakkan tisu buah-buahan
dan sayur-sayuran. Rasanya juga sudah tidak segar lagi.
Susu
dan produk tenusu
Susu dan produk tenusu antara yang mudah rosak. Justeru pastikan anda mengenali jenis susu dibeli :
* Susu segar pasteur harus di letakkan di ruang pendingin yang mempunyai suhu antara 0 darjah selsius hingga empat darjah selsius. Elakkan meletakkan susu pasteur pada suhu bilik kerana ia mudah dicemar oleh bakteria.
* Susu ultra tinggi atau susu U.H.T. tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Tetapi selepas kotak dibuka, lebihan hendaklah disimpan di dalam peti sejuk di ruang pendingin pada suhu antara 0 darjah selsius hingga empat darjah selsius.
* Elak menyimpan susu berdekatan dengan bahan makanan yang mempunyai bau yang kuat.
* Makanan seperti keju mestilah disimpan dengan pembungkus asalnya di dalam peti sejuk. Selepas dibuka, ia mestilah dibungkus semula dengan sempurna menggunakan pembungkus baru yang kalis air (seperti aluminium atau plastik) atau diletakkan di dalam bekas yang bertutup ketat bagi mengelakkan kekeringan wap air di permukaan keju.
Sebaiknya telur disimpan di ruang pendingin pada suhu antara 0 darjah selsius hingga empat darjah selsius untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Sungguhpun ada yang gemar membasuh telur sebelum disimpan, tetapi ada saranan untuk mengelakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

Daging,
ayam dan ikan
Simpan daging, ayam dan ikan yang akan
digunakan dalam tempoh tidak melebihi 3 hari di ruang penyimpanan khas di bawah
ruang sejuk beku pada suhu antara dua darjah selsius atau kurang. Bagaimanapun
bagi simpanan lebih lama, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan secara sejuk
beku, iaitu di bahagian kurang daripada 0 darjah selsius.
Bagi hasil terbaik, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan di dalam bekas
plastik kedap udara sebelum disimpan, untuk mengelakkan berlaku proses
kekeringan dan baunya, ‘menjangkiti’ makanan lain pada ruang penyimpanan sama.
Telur
Sebaiknya telur disimpan di ruang pendingin pada suhu antara 0 darjah selsius hingga empat darjah selsius untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Sungguhpun ada yang gemar membasuh telur sebelum disimpan, tetapi ada saranan untuk mengelakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
berjaga2 sebelum kena. dah kena keracunan kan susah.
ReplyDeletebetul tu..:-)
DeleteSunnguh. Kadang kite ingat selamat makanan tu. Malang tak berbau. Tapi hakikatnya ramai sangat yang tak ambil kisah. Bila kita tau, nak beli makanan kat luar pun sebenarnya rasa takut.
ReplyDeleteArtikel Terkini >> Cara Pengendalian Makanan Yang Betul