expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 11 March 2013

5 Hotel Terpelik Di Dunia


Kebanyakan hotel pula menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama. Tiada perbezaan yang ketara. 


Kita pula tak mengharapkan sesuatu yang berbeza kerana tujuan asal adalah untuk berehat sahaja.


Namun begitu ada hotel yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Jom kita terjah kelainan yang di bawa. 

1. Hotel Kapsul







  • The Capsule Inn Hotel ini terletak di Akihabara Jepun. 


  • Berukuran 1 x 2 meter mirip tempat penyimpanan mayat di kamar mayat namun lengkap dengan katil, TV, radio juga Wireless LAN (Wifi). 


  • Harganya sekitar 3.700 Yen semalaman.


2. Hotel Vampire





  • Hotel Propeller Island City Lodge di Berlin ini hotel yang aneh dan agak menyeramkan.



  • Kita boleh tidur dalam peti mayat yang biasa di isi oleh drakula.


  • Kamar- kamar yang ada sangat unik mungkin sesuai bagi anda yang punya hobi mendekati alam mistik.


3. Hotel Bawah Laut






  • Di bawah laut Poseidon Resort Fiji dibangunkankan sebuah resort bawah laut yang terdiri dari villa mewah dan kamar suite. 


  • Anda boleh melihat secara luas pemandangan laut dari bilik.


  • Kita akan dapat melihat banyak spesias bawah laut baik terumbu karang yang sangat indah mahupun ribuan ikan meliuk-liuk di dasar laut.


4.Hotel Pembentung





  • Dasparkhotel ini ialah sebuah hotel di Austria yang diperbuat dibuat dari pembentung yang biasa digunakan untuk saluran air. 


  • Ruang dalamannya direka dan ditambah dengan almari, pencahayaan yang baik dan selimut. 


  • Harga untuk hotel ini sangat fleksibel. Sekarang ini mereka sedang menyiapkan toilet, shower serta minibar di ruangan tempat melayan tetamu.


5. Hotel Ais
 





  • Hotel di Sweden ini diperbuat dari beberapa blok ais besar dan hampir mirip dengan konsep rumah eskimo. 


  • Suhunya pun sungguh dingin sekali. Air-cond memang tidak di sediakan. 


  • Setiap bilik tidur disediakan dengan pemanas atau sistem thermal yang diperbuat dari kulit rusa kutub bagi menghangatkan ruang bilik.

15 comments:

  1. Wow.. Suka dgn hotel dlm laut tu, pasti sungguh mempersonakan tp ada rasa gerun juga :-).. subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..cantik kan hotel dlm laut tu..:-)

      Delete
  2. memang pelik hotel nie...simpang2 laaaa hahaha

    ReplyDelete
  3. huhu.. risau klu stay hotel bawah laut.. tkut pecah x psal2 lemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..betul jugak tu..tak pasal2 mati dlm tidur..huhu

      Delete
  4. yang lain2 tu boleh terima lagi, tapi yang no.4 tu kelakar pulak.. macam dok kat padang bola je, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..rasanya sedap tidur dlm khemah lg..hehe..:-)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. hotel kapsul & bawah laut tu menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yg dua nie je yg agak menarik kan..:-)

      Delete
  7. hotel kapsul tu zizan penah tydu masa jelajah jepun.. hehehe

    ReplyDelete
  8. yg kat bawah laut tak privasi la...rasa mcm ikan2 tu nanti skordeng je...haha

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com