expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 13 March 2013

Rahsia khusyuk dalam solat




Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang itu untuk khusyuk dalam solat?


Rasulullah SAW bersabda: "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperoleh hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Firman Allah yang bermaksud:


"Maka kecelakaanlah bagi orang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya" [Surah al-Ma'un : ayat 4-5].


Semua dalil dan nas tersebut adalah berkaitan khusyuk dalam solat, maka soalan tentang khusyuk ini amat panjang lebar. Cukuplah kita huraikan serba ringkas sekurang-kurangnya kita dapat mencapai khusyuk dalam solat kita insya-Allah.


Perkara yang paling penting tentang khusyuk ini ialah kita memahami apakah maksudnya terlebih dahulu. Adapun maksud khusyuk itu adalah takut iaitu takut kita akan Allah dalam segala hal yang kita lakukan kerana Allah melihat segala perbuatan dan pergerakan.


Khusyuk itu juga hasil daripada sifat ihsan iaitu menyembah Allah dalam hal kita melihat Allah, jika tidak mampu kita melihat Allah maka ingatlah yang Allah melihat akan kita. Inilah maksud bagi ihsan itu.


Apabila hati sudah mencapai ihsan maka timbul takut untuk melakukan segala salah sama ada dalam solat mahupun di luar solat.


Khusyuk itu kerja hati kerana hati menjadi tempat pandangan Allah atas hambanya, apabila khusyuk hati maka khusyuklah seluruh anggota. 


Pembahagian khusyuk itu ialah: 


* Khusyuk zahir: Mata, anggota dan seluruh anggota badan.


* Khusyuk batin: Tenang dan hadir hati serta faham makna bacaan dalam solat.



12 comments:

  1. Alhamdulillah...ayoh...sama2 kita amalkan dan tenangkan jiwa

    ReplyDelete
  2. thanks awak berkongsi ilmu. ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.....
    Nice sharing... =D

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...great piece of sharing dear...

    ReplyDelete
  5. nice share... susah sbnarnya nk betol2 khusyuk...

    ReplyDelete
  6. hati adalah kuncinya...tapi nak kena tahu camne nak bukak kuncinya tu...

    ReplyDelete
  7. kita kena bawak apa yg kita buat dalam solat ke luar solat kita..
    contohnya dalam solat kita tundukkan pandangan..kat luar pun kena tundukkan pandangan dari melihat perkara2 yg tak sepatutnya.. kat dalam solat, kita penuh tawadhu'..kat luar pun kita kena sentiasa tawadhu'..

    bukan mudah nak dapatkan khusyu' dan Qudhu'..
    ustaz saya cakap; nak dapatkan solat yg khusyu' ni kena practice..berlatih solat sehingga kita dapat betul2 khusyu'..berlatih dalam solat sunat.. solat wajib tak boleh nak ulang.. solat sunat ni kita boleh ulang berkali-kali..

    ReplyDelete
  8. Marilah sama-sama kita beramal dan memperbetulkan solat antaranya Cara Duduk Dalam Solat Yang Betul.

    Terima kasih atas panduan yang diberikan.

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com