expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 4 March 2013

5 Tip Penjagaan Aksesori Yang Bersadur Emas




Memilih aksesori yang bersadur emas memang cantik untuk digayakan tatkala berhias ke majlis mahupun bersiap melengkapkan diri ketika mahu ke pejabat. 


Biarpun memilih kerlipan aksesori yang ringkas, namun keserasian dan kesesuaian aksesori dengan pakaian yang dikenakan pada hari itu memberi impak yang berlainan.


Tidak kiralah bergaya dengan kerongsang untung tudung, rantai, gelang tangan, anting-anting, gelan kaki, jam tangan, cincin dan sebagainya yang disadur emas, ia pasti memberikan sentuhan penampilan yang menarik.


Adakalanya menjaga aksesori saduran emas ini agak remeh, memandangkan warnanya cepat luntur sedangkan anda masih sayang dengan aksesori anda itu.


Alangkah sayangnya apabila mahu memakai aksesori itu kembali untuk dikenakan dengan baju yang sepadan, tiba-tiba anda mendapati aksesori anda itu kehilangan warna atau luntur warna emasnya.


Berikut merupakan panduan bagaimana anda boleh menyimpan aksesori saduran emas anda dengan kemas dan tahan lama.





Gunakan kain lembut


Gunakan kain lembut seperti kapas dan tisu untuk membuang minyak atau kotoran daripada peluh yang melekat di atas aksesori anda selepas anda menggunakannya sebelum menyimpannya di dalam bekas aksesori anda. Jangan gunakan kain berbulu kasar yang boleh menyebabkan aksesori anda tercalar.




Rendamkan ke dalam air


Rendamkan ke dalam air untuk beberapa minit, dilap dan kemudian disimpan. Untuk menghilangkan debu-debu kecil celup ke dalam air sabun suam yang kadar PHnya rendah, keringkan sebelum disimpan.




Jangan gunakan peluntur


Usah gunakan bahan peluntur untuk menanggalkan kekotoran pada aksesori anda. Begitu juga sekiranya anda membuat kerja seperti membasuh pinggan, tanggalkan dahulu aksesori anda kerana ditakuti saduran emas itu mudah rosak.


Tanggalkan aksesori anda apabila berkebun, membuat kerja pembaikian, mengangkat berat, bersukan dan berenang.





Elak terkena losen


Elak terkena losen, minyak wangi, bahan kimia atau sebarang alkohol.




Simpan di dalam kotak


Simpan aksesori di dalam kotak atau dibalut dengan tisu. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari secara terus dan haba yang tinggi.

6 comments:

  1. hikhi senang cite kalo sokmo buat kerja rumah xpyh laa melaram ngn emas.. kalo bejalan je pkai :D

    ReplyDelete
  2. err. kenapa nk kene jaga betul2? emas pon boleh jadi karat ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah..takut pudar..kena jaga dia sentiasa berkilau...

      Delete
  3. nice info ni....tapi mcm cik mar cakap tu la kalau kat rumah elok tanggalkan je semua brg kemas baru senang nak wat kerja...

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com