expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 11 March 2013

Diet Seimbang Kekalkan Kecantikan Rambut




Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kerosakan rambut seperti penggunaan bahan kimia, pewarna, merokok dan ketidakseimbangan hormone.


Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet sihat dan seimbang untuk membantu meningkatkan kesihatan serta kecantikan rambut. 


Untuk memberi penekanan mengenai pemakanan bagi kesihatan rambut, terdapat beberapa nutrien yang diperlukan dalam diet harian anda. 





  • Vitamin B, vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Antara jenis vitamin yang membantu mengurangkan kerosakan rambut ialah vitamin B6, B9, B7 dan B8. 




Pengambilan vitamin B6 penting dalam mengekalkan rambut yang sihat dan membantu meningkatkan aliran oksigen ke dalam kulit kepala manakala 



 

vitamin B9 pula membentuk sel darah merah, membina antibodi dan menyem­buhkan kerosakan rambut.




Vitamin B7 membantu menggalakkan rambut yang sihat dan melindungi kekeringan mana­kala 





amalan pengambilan vitamin B8 dapat membentuk sel yang sihat.




  • Zink secara amnya baik untuk mencegah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhannya.



  • Air diperlukan untuk membantu proses penghidratan. Penting untuk mengambil lapan hingga 10 gelas sehari bagi mengaktifkan saraf rambut dan menjadi pengesan kerosakan dalam kulit kepala.



  •   Vitamin A membantu menjana sel baru.

24 comments:

  1. rambut sy skrg ni byk yg gugur..kena cuba amalkan diet ni

    ReplyDelete
  2. info menarik.....saya memang geram tengok wanita rambut yg cantik...hahaha

    ReplyDelete
  3. wah bagus info2 ni.. thanks ye for sharing

    ReplyDelete
  4. rambut ni lgi panjang lgi sush nk jaga...

    ReplyDelete
  5. info yang menarik...lagipun diet yang seimbang memang penting bukan sahaja untuk rambut tapi untuk kesihatan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..semua utk diri la..baik utk kesihatan seluruh badan..:-)

      Delete
  6. info yg menarik ni.. rambut iha gugur banyak gila tiap2 hari.. sampai orang ingat iha buat kemo tp pelik kenapa still lebat.. kalau family sakat kata rambut gugur macam p*ntianak, haha.. nanti nak cuba amalkan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dgn seribupilihan..rambut banyak gugur..selalu buat treatment rambut..dah kurang skit sekarang nie gugur..boleh amalkan petua nie..memang baik utk kesihatan kita..:-)

      Delete
  7. assalam info yg sngt bermanfaat..rmbut sya pn gugur juga setiap kali cuci pelik..dengan adanya info seperti ini in shaa Allah dpt diamal kn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh amalkan..kena ikut peraturan utk dapatkan hasil yg memuaskan..:-)

      Delete
  8. sedih kan tengok rambut yang asyik berguguran je... sejak amalkan kolagen ni dah kurang rambut gugur hihi

    ReplyDelete
  9. diet saya selalu tak seimbang. sbb banyak yg tak suka makan. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seribupilihan pon sama..memilih sgt makan nya..:-)

      Delete
  10. nice info...kalau mmg dari awal dah amalkan diet seimbang mcm ni mesti rambut sihat....

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com