expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 3 March 2013

Kongsi nota cinta




SEKIRANYA anda seorang yang memang bersifat romantis, mungkin perkara ini pernah anda cuba sewaktu hendak memenangi hati kekasih anda.


Menulis nota cinta mungkin suatu yang mudah bagi mereka yang memang hati dan perasaannya berkecenderungan ke arah itu. Namun jika anda seorang yang tegas dan tidak pandai bermain dengan kata-kata dan ayat-ayat manis, mungkin anda boleh menggunakan cara ini untuk menawan perasaan teman wanita atau isteri anda.


Memberikan nota cinta kepada pasangan anda merupakan sesuatu yang mengharukan dan memberikan satu penilaian romantis di jiwa.


Andai ingin mencuba, di sini diberikan beberapa panduan bagaimana anda patut menulis nota cinta, kemudian meletakkannya di dalam bekas yang kemudian dijumpai oleh pasangan anda dan seterusnya membacanya.





Dalam kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi di Barat, bisikan atau bicara ayat-ayat cinta ini boleh memenangi hati pasangan masing-masing dengan peningkatan sebanyak 75 peratus.


Kebanyakan daripada mereka memberikan nota-nota cinta kepada pasangan pada sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi mahupun ulang tahun perkahwinan.


Mungkin pada pendapat kita nota cinta hanya dibuat dan diberikan oleh pasangan remaja sahaja, itu tidak benar, kerana umur sebenarnya tidak membatasi perkara yang akan dilakukan, semuanya bergantung kepada hati. 


Juga mungkin anda tidak boleh mengarang ayat-ayat cinta yang berbunga-bunga, memadai dengan meletakkan sebaris ayat romantis, 'Aku Cinta Padamu'.





Mesej di dalam botol


Mungkin anda pernah mendengar tentang ini, orang yang terdampar di sebuah pulau, menulis nota dan membalingnya ke laut untuk meminta pertolongan.


Cara ini mungkin anda boleh mengubahnya dengan menulis nota cinta hanya sebaris ayat "I Love you", memasukkannya ke dalam botol kaca yang cantik dan kemudian meletakkannya di dalam almari di dapur bagi memudahkan pasangan anda menjumpainya. Bila si dia terjumpa dan membacanya... surprised!





Rakam ucapan cinta anda


Ini juga satu kejutan yang amat mengharukan bagi pasangan anda. Sekiranya anda malas hendak menulis, rakam sahaja ucapan kata sayang dan rindu dendam anda pada pita rakaman dan kemudian poskan ke rumah anda atas nama isteri.


Apabila isteri anda membuka bungkusan itu pasti kemudiannya dia mendengar atau menonton pita rakaman berkenaan dengan penuh rasa syahdu.


Ingat rakaman seperti ini boleh tahan bertahun-tahun dan ia memberikan kenangan yang penuh bermakna selamanya.





Paparkan pada skrin komputer


Zaman teknologi ini, semua perkara dapat dilakukan dengan cara yang mudah. Tekan kekunci pada skrin komputer atau komputer riba anda, tuliskan nota cinta anda dan kemudian paparkan pada skrin. 


Biarkan dan pastinya skrin ini akan tertutup sendiri dan hanya akan menyala apabila isteri atau pasangan anda menyentuh papan kekunci mahupun tetikus ketika dia ingin berurusan sesuatu dengan komputer yang sama.




Hantar bunga bersama mesej


Cara ini mudah, beli beberapa kuntum bunga ros dan hantarkan kepada si dia atau pasangan anda. Setiap kelopak bunga ros letakkan huruf yang anda ingin nyatakan dari hati anda. Jika anda tidak mahu bunga, penghantaran melalui belon pun boleh juga.
 



Secara treasure hunt


Jika anda kreatif sedikit, letakkan beberapa huruf yang mahu anda nyatakan itu secara tersembunyi di beberapa tempat di dalam rumah anda.


Setiap huruf yang dijumpai pasangan pastikan terdapat klu untuk dia dapat mencari huruf yang lain.


Setelah berhasil kesemua huruf berkenaan dijumpai, isteri anda akan mencantumkannya untuk mengetahui curahan rahsia nota anda kepadanya.





Hantarkan ayat cinta setiap hari


Satu hari satu ayat, hantarkan menerusi seseorang kepada pasangan anda yang akan dikumpul oleh si dia sehingga menjadi satu ayat cinta yang lengkap.





Pelbagai ayat cinta


Ayat-ayat cinta bukan sahaja bernada 'Aku Cinta Padamu', bagi yang mahu kelainan, ayat-ayat ini boleh digunakan... 'Please Rescue Me', 'Aku Lemas Dengan Cintamu', 'Tawan hatiku' dan sebagainya... hmmm ucapan yang agak ghairah bukan.


Sebenarnya banyak lagi anda boleh lakukan. Yang penting semuanya bergantung kepada kreativiti dan tahap kerajinan anda. 


Namun jangan terlalu ekstrem menyebabkan pasangan anda kesusahan akibat mencari nota-nota cinta anda.

10 comments:

  1. Menarik.. kreatif & romantis. Suka sgt posting ni. T kasih.

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh..romantik n creative sggh..dh berkurun tak buat keje2 mcm ni,eheehh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..boleh buat klu nak sekarang..dah kahwin lg romantik kan klu buat cam nie..:-)

      Delete
  3. pernah dapat dalam bentuk rakaman. nak balas tak reti sbb xpandai ayat2 romantis. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak tau nak cakap sebab tak pernah dpt cam nie..:-)

      Delete
  4. hehe yg stail treasure hunt tu pastikan pasangan anda seorg yg suka cabaran..kalau jenis yg malas, haram dia nak teruskan pencarian...haha

    ReplyDelete
  5. suweet suwweettt kalo dpt psgn cmni, eh silap, nk jd psgn yg mcm ni lah hehe. rajen amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kena cari kak mar..baru sama2 suweett..:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com