expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 3 March 2013

Kurang manis petua elak diabetes




Ramai individu yang didiagnosis sebagai penghidap diabetes atau pra-diabetes dimaklumkan mengenai komplikasi jangka panjang penyakit ini seperti serangan jantung dan strok, kebutaan, penyakit buah pinggang dan pemotongan kaki.


Semua ini menggerunkan dan hakikatnya:





a) Risiko menghadapi pemotongan kaki adalah 27.7 kali lebih besar bagi penghidap diabetes 


b) Separuh daripada semua kes pemotongan anggota berlaku pada mereka yang menghidap diabetes 


Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 oleh Kementerian Kesihatan, seorang daripada setiap tujuh rakyat Malaysia menghidap diabetes. Namun, ramai pakar terkemuka perubatan dan nutrisi Malaysia percaya diabetes menimpa jumlah lebih besar, sehingga 22 peratus (%) daripada penduduk negara ini bermakna seorang daripada setiap lima orang dewasa di Malaysia adalah penghidap diabetes. 


Malangnya, hanya sebilangan kecil daripada mereka dimaklumkan, kebanyakan komplikasi ini boleh dicegah dengan mengubah gaya hidup, termasuk pemakanan, suplemen nutrisi, bersenam dengan kerap di samping melakukan ujian perubatan mudah seperti HbA1c, pemeriksaan mata secara berkala dan lain-lain.


Di bawah ialah beberapa cara mudah tetapi penting untuk mencegah komplikasi berkaitan paras gula darah yang tinggi.




Perubahan gaya hidup


a) Pemakanan – Menghidap pra-diabetes atau diabetes tidak sepatutnya menghalang anda menikmati pelbagai jenis makanan. Tujuannya untuk membiasakan diri mengambil makanan seimbang dengan jumlah betul. Mengetahui apa yang patut dimakan kadangkala mengelirukan. Di bawah ini ada beberapa petua untuk membuat pilihan makanan sihat: 



  • Makan sebanyak-banyaknya sayuran dan buahan. Pilih sayuran dan buahan pelbagai warna untuk memaksimumkan kepelbagaiannya.
  • Makan sayuran tidak berkanji seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kacang hijau bersama makanan anda.
  • Pilih bijirin lengkap, bukan produk bijirin yang diproses. Pilih beras perang, bukan beras putih dan roti gandum penuh bukan roti putih.
  • Buangkan kulit daripada semua jenis daging seperti ayam dan lain-lain.
  • Pilih air kosong dan minuman ‘diet’ yang bebas kalori, bukan minuman soda, teh manis dan minuman lain yang dimaniskan dengan gula.
  • Kurangkan mengambil snek seperti kerepek dan manisan berkalori tinggi seperti biskut, kek dan ais krim penuh lemak.


b) Kerap bersenam – Senaman adalah sebahagian daripada aktiviti gaya hidup sihat untuk semua orang. Ia penting bagi mereka yang menghidap pra-diabetes atau diabetes. Namun, senaman bukan bermakna melakukan larian maraton atau mengangkat berat 100 kilogram. Tujuannya supaya anda menjadi aktif dan terus kekal aktif dengan melakukan kegiatan menyeronokkan anda seperti berkebun, bermain tenis dan berjalan-jalan.



c) Pemeriksaan Perubatan secara Berkala – Ini termasuk:


1. HbA1c


HbA1c (haemoglobin A1c, glycosylated haemoglobin A1c, glycohaemoglobin A1c, atau ujian A1c) adalah ujian makmal bagi meneliti paras purata glukosa darah dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Ia khususnya menyukat bilangan molekul glukosa yang terikat kepada haemoglobin, sejenis jisim di dalam sel darah.


Mereka yang tidak menghidap diabetes umumnya mempunyai paras HbA1c kurang daripada 6%. Ini bermakna kurang 6% daripada molekul haemoglobin mempunyai glukosa yang kekal terikat kepadanya.


Berdasarkan keputusan kajian seperti Percubaan Kawalan dan Komplikasi Diabetes (Diabetes Control and Complications Trial – DCCT) menunjukkan kawalan ketat terhadap glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata penghidap diabetes, penyakit buah pinggang dan saraf. Persatuan Diabetes Amerika (ADA) mengesyorkan mereka yang menghidap diabetes mengekalkan paras HbA1c mereka di bawah 7 peratus.




2. Pemeriksaan Mata


Jika anda menghidap diabetes, segera jalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika mengalami retinopati diabetes, anda memerlukan pemeriksaan mata lebih kerap. Mereka yang mengalami retinopati yang membiak (proliferative retinopathy) boleh mengurangkan risiko kebutaan sehingga 95% dengan melakukan rawatan tepat pada masanya serta diikuti penjagaan susulan sewajarnya.



3. Suplemen nutrisi – Vitamin B12 yang aktif


Membekalkan penghidap diabetes dan pra-diabetes dengan nutrien tambahan penting seperti mecobalamin atau methylcobalamin dapat memulihkan semula saraf yang rosak, komplikasi paling biasa dikaitkan dengan paras glukosa darah yang tinggi. Kira-kira 60-70% mereka yang menghidap diabetes sedikit sebanyak mengalami kerosakan saraf.




Mecobalamin atau methylcobalami


Saintis Jepun mendapati mecobalamin, bentuk vitamin B12 aktif, bertentangan dengan bentuknya yang tidak aktif, cyanocobalamin, dapat melindungi daripada penyakit saraf dan penuaan melalui mekanisme unik dan berbeza daripada terapi semasa. 


Sesetengah penyakit atau gangguan mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi vitamin semula jadi ini, termasuk neuropati periferal. 


Perkataan ‘neuropathy’ diambil daripada dua bahagian perkataan: ‘neuro’, merujuk kepada saraf; dan ‘pathy’ ialah penyakit. Neuropati periferal adalah keadaan membabitkan saraf yang terletak di luar sistem saraf pusat, kebanyakannya di tangan dan kaki. 


Saraf adalah talian komunikasi badan. Isyarat elektrik daripada otak disalur melalui saraf untuk memberi arahan kepada pelbagai bahagian badan. Badan menerima maklumat daripada alam sekitar melalui deria dan menghantarkan maklumat kepada otak melalui saraf. 


Sebahagian besar saraf periferal bertanggungjawab terhadap sensasi sentuhan, kesakitan dan suhu. 


Sebenarnya, ada berjuta hujung saraf di jari anda, tangan, jari kaki dan kaki yang diciptakan sedemikian rupa untuk menghindari anda daripada bahaya dan supaya anda dapat menjauhi benda panas, sejuk, tajam dan sebagainya. 


Gejala neuropati periferal mungkin termasuk:





  •   Kekebasan
  •   Rasa berdenyut-denyut
  •   Sensasi kepanasan
  •   Kehilangan rasa

Penghidap diabetes menghadapi risiko lebih tinggi ditimpa jangkitan dan kesembuhan luka yang lambat. Satu kajian penting menunjukkan penghidap diabetes yang mengambil suplemen harian selama satu tahun didapati mengalami kurang keuzuran dan sedikit jangkitan berbanding subjek kajian yang mengambil placebo. 


Jika anda menderita penyakit diabetes atau pra-diabetes, adalah disyorkan anda mengambil mecobalamin, bentuk vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi; ia penting bagi sistem saraf pusat dan periferal. Ia mempunyai keupayaan untuk membantu mencegah serta memulihkan semula saraf yang rosak, menggalakkan perkembangan saraf yang sihat dan melindungi daripada proses kemerosotan sistem saraf. 



Artikel ini disumbangkan oleh Live-well Nutraceuticals, untuk maklumat lanjut, sila rujuk ahli farmasi anda atau hubungi Live-well INFOline: 03-6142 6570 atau e-mail info@livewell2u.com

4 comments:

  1. Diabetes mmg pnyakit yg sgt 'famous'..even dikalangan org muda2kan :( jmput follow kmbali ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..penyakit nie sentiasa berleluasa sekarang..

      Delete
  2. takutnya. dah lama tak bersenam.

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com