expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 4 March 2013

Periksa warna muntah berdarah




Muntah disertai darah membuatkan kita cemas dan bimbang. Beberapa maklumat perlu diketahui supaya anda dapat mengambil tindakan sewajarnya.


Bagaimana anda tahu cecair yang ikut serta dalam muntah anda adalah darah? 


Warna darah yang keluar bersama muntah membolehkan jenis masalah dikenal pasti. 





Warna merah terang berpunca daripada pendarahan akibat luka di bahagian belakang tekak dan esofagus manakala darah berwarna coklat gelap adalah luka pendarahan dari perut atau duodenum. Jika darah keluar dalam najis, warnanya hitam kemerahan (dipanggil melena). 


Jika mengalami muntah berdarah, periksa warnanya dan catatkan jumlah darah. Jika terlalu banyak darah, pemindahan darah mungkin diperlukan. 


Anda perlu berjumpa doktor sekiranya berlaku pendarahan tanpa henti iaitu beberapa kali mengalami muntah darah. Terus ke jabatan kecemasan untuk rawatan segera. 


Bagaimanapun, sekiranya pendarahan berhenti (berlaku cuma sekali) dan tidak mengalami pening dan masih ada selera makan, anda boleh membuat temujanji awal untuk berjumpa doktor. 


Timbul persoalan, selepas mengalami muntah darah, adakah individu terbabit boleh mengambil sebarang makanan. Sebaiknya, pesakit tidak mengambil sebarang makanan kerana menelan makanan boleh menyebabkan pendarahan bertambah. 


Doktor mungkin mahu perut anda kosong untuk memeriksa luka pendarahan. Mengambil hidangan mungkin dibenarkan jika pendarahan hanya berlaku sekali ketika muntah dan selera makan anda baik serta tidak pening. 


Tekanan darah rendah yang berlaku ketika pendarahan mudah menyebabkan pening. 


Ambil makanan lembut sebelum menghadiri temu janji dengan doktor.



Tab clopidogrel 75mg


Ubat yang perlu dihentikan pengambilannya:


1. Ubat tahan sakit untuk sendi dan sakit belakang


2. Aspirin atau clopidrogel yang boleh mencairkan darah dalam jantung atau pesakit strok


3. Warfarin dan anti-koagulan untuk pesakit jantung dan strok trombotik (strok berpunca daripada sekatan peredaran darah ke otak akibat pembuluh darah tersumbat)




Punca muntah darah:


1. Selepas minum arak atau serangan muntah berkali-kali hingga melukakan esofagus.


2. Berlaku kepada pesakit masalah hati berparut (sirosis) apabila salur darah dalam esofagus membesar (dipanggil varices) dan pendarahan boleh terjadi daripada saluran darah yang tercalar akibat pengambilan makanan keras.


3. Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti steroid atau aspirin terdedah kepada ulser gastrik dan duodenum (bahagian pertama daripada tiga bahagian usus kecil) dan boleh menyebabkan pendarahan.


4. Ia turut berlaku (tetapi jarang) di kalangan pesakit kanser tekak, perut atau esofagus.


5. Kecederaan pada perut ketika kemalangan jalan raya boleh menyebabkan pendarahan.




Pemeriksaan dilakukan sekiranya pesakit mengalami muntah darah:


1. Ujian darah, memeriksa kehilangan darah dan jika memerlukan pemindahan darah atau sebarang ubat menyebabkan darah menjadi terlalu cair atau mudah berdarah. 


2. Memeriksa tekanan darah dan nadi untuk kestabilan. 


3. Persetujuan daripada pesakit untuk doktor melakukan gastroskopi bagi memeriksa luka pendarahan. 


4. Ujian diagnostik elektrokardiogram (ECG) jika pesakit mempunyai masalah jantung. 


5. Doktor akan memulakan titisan intravena bagi menggantikan kehilangan darah dan ubat juga akan diberikan secara intravena. Gastroskopi (endoskop) membantu menghentikan pendarahan kerana biasanya suntikan adrenalin sekitar pendarahan ulser gastrik boleh menghentikan pendarahan. Pembedahan perlu dilakukan sekiranya kaedah endoskopik gagal dan pendarahan berterusan menyebabkan pesakit menjadi tidak stabil. 


Pembedahan pada abdomen akan dijalankan pada ulser bagi menghentikan pendarahan. Kaedah lain tanpa pembedahan terhadap pesakit yang mengalami muntah darah dalam jangka masa lama dan tidak stabil akan dilakukan oleh pakar radiologi intervensi. 


Angiografi (pemeriksaan saluran darah melalui sinar-X) pertama dilakukan untuk mencari saluran makanan yang mengalami pendarahan, kemudian gegelung (ejen untuk menyekat saraf) diletakkan di dalam saraf yang terbabit bagi menghentikan pendarahan ini. Ia hanya dilakukan oleh pakar di hospital pusat pengajian tinggi tertentu.

7 comments:

  1. kalau masa nak tanggalkan intubation tu mudah tak risiko pesakit muntah darah? sebab benda tu kan masuk dalam sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung atas teknik dan kemahiran pakar tersebut semasa nak buat extubation..klu teknik yg betul tdk akan berlaku muntah darah..

      Delete
  2. huhu berguna jugak ni.. mana lah tau besok2 diuji, pernah jugak kutip ilmu kat sini kan :)

    ReplyDelete
  3. alamak tetiba rasa ngeri pulak bila baca entri ni...

    ReplyDelete
  4. Isteri saya muntah dengan kluar sedikit darah semasa mengandung 3 bulan...kenapa ye?

    ReplyDelete
  5. Isteri saya muntah dengan kluar sedikit darah semasa mengandung 3 bulan...kenapa ye?

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com