expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 7 March 2013

Pintu taubat sentiasa terbuka




Allah SWT sangat suka dan gembira jika ada hamba yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa juga yang ingin kembali kepada-Nya kerana rahmat Allah itu sangat luas. 


Sebanyak manapun dosa yang pernah dilakukan manusia, Allah tetap akan mengampuninya dengan syarat mereka mahu kembali kepada Allah bila-bila saja dan tidak kira di mana juga. 


Allah SWT tetap menerima taubat hamba-Nya selagi masih bernafas dan nyawanya belum sampai ke kerongkong, selagi itu pintu taubat terus terbuka tidak kira sebanyak mana atau sebesar mana dosa dilakukan. 


Nabi Muhammad SAW menceritakan dalam hadis Baginda kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, akhirnya lelaki itu diampuni Allah dan masuk syurga. Maka jangan kita memberi alasan Allah tidak menerima taubat untuk melengah-lengahkan daripada segera bertaubat kepada Allah. 


Dr Aidh Abdullah al-Qarni dalam karangannya Warisan Peninggalan Nabi menegaskan Allah sangat gembira jika ada hamba-Nya yang bertaubat. Jadi tidak layak bagi seseorang untuk berburuk sangka bahawa Allah tidak akan menerima taubat dan menyeksanya. 


Beliau kemudian menjuruskan pesanan kepada anak muda hari ini yang terlanjur dengan dosa dan maksiat kemudian terus menerus melakukan maksiat kerana menganggap Allah sudah tidak lagi menerima taubatnya. 


Ini satu kesilapan besar serta tanggapan yang salah. Dr Aidh menjelaskan, ramai yang lupa atau sama sekali tidak mengetahui Allah menerima taubat orang yang bertaubat. Allah menerima taubat seorang lelaki Yahudi yang membunuh 100 orang. 


Pasti ramai tertanya bagaimana caranya untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Nabi SAW menyebut dalam hadis yang disahihkan al-Albani dalam Misykat yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad. 





Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba melakukan suatu dosa kemudian ia berwuduk dan solat dua rakaat lalu beristighfar kepada Allah dari dosa itu, kecuali Allah mengampuninya. 


Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Surah Ali-Imran, ayat 135) 


Solat dua rakaat yang Nabi sebut dalam hadis di atas ialah solat sunat taubat, amal yang pasti dan sahih bentuknya. Maka sedarlah kita semua pintu taubat masih terus terbuka selagi mana kita mahu kembali kepada-Nya.




10 comments:

  1. Replies
    1. betul tu..sama2 muhasabah diri dan tingkatkan amalan kebaikan...

      Delete
  2. Peringatan yg sgt bagus agar kita bermuhasabah diri.. semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yg bertaubat. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..peringatan utk semua termasuk diri ini...

      Delete
  3. sebesar mana pun kesalahan kita dan dosa2 kita, Allah akan mengampunkan jika kita benar2 bertaubat..Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cheq kaq..dengan bertaubat terhapus segala dosa kita..dan hidup pon semakin tenang dan dekat dgn allah s.w.t...

      Delete
  4. Kita beruntung kerana berpegang teguh pada agama Islam.. bila buat dosa kita tahu dimana kita kena mengadu dan memohon keampunan.. sedangkan yang tiada agama akan sentiasa dihantui dengan dosa lampau sehingga terjadinya bunuh diri.. nauzubillah minzalik.. suka sangat dengan entri ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu iha..bersyukur kita dilahirkan dlm islam..sebab banyak perkara kita boleh selesaikan dgn baik dgn meminta kpd allah..allah maha mendengar hambaNYA meminta dan berdoa kepadaNYA...

      Delete
  5. terima kasih utk entri ni liyana...:)

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com