CAROLE menunjukkan kandungan
terbarunya yang kini berusia dua bulan.
LONDON:
Dalam tempoh tujuh bulan lagi Carole Horlock akan bersalin dan bayi itu akan
diserahkan kepada pasangan warga Itali tanpa perlu menunggu dia menggendongnya
walaupun untuk seketika.
Dalam
keadaan begitu, Carole tidak berasa apa-apa, malah gembira kerana sekali lagi
dia berjaya membantu pasangan suami isteri yang tidak memiliki zuriat. Wanita
Britain berusia 45 tahun itu menjadi ibu tumpang paling prolifik di dunia dan
kini hamil untuk kali ke-13.
Kata Carole, pasangan yang tidak mempunyai anak dibantunya sangat menghargai pertolongan sedemikian.
“Anda boleh
lihat kegembiraan di wajah pasangan terbabit sebaik saja menyentuh bayi mereka
untuk kali pertama.
“Melihat kepada perasaan teruja dan penuh emosi itu mendorong saya menjadi ibu tumpang,” katanya. Lahir di Stevenage, Carole mempunyai dua anak perempuan - kini berusia 22 dan 19 tahun - hasil hubungannya dengan dua lelaki berbeza. Kata Carole, dia mengetahui mengenai ibu tumpang itu selepas membaca satu rencana di akhbar pada 1995 ketika bekerja di kedai dobi.
“Walaupun berusia 20-an, saya menjadi ibu tunggal dan membesarkan dua anak perempuan.
CAROLE menunjukkan gambar bayi yang
pernah dilahirkanya.
“Saya faham
bagaimana perasaan seorang ibu terhadap anaknya dan betapa sedih seorang wanita
yang tiada zuriat.
“Saya tak mampu mengubah hidup sesiapa dengan bekerja di kedai dobi, tetapi jika menjadi ibu tumpang, ramai yang beroleh manfaat,” katanya. Justeru, Carole menghubungi pertubuhan yang menguruskan perkhidmatan ibu tumpang seperti dipapar di akhbar. Setakat ini Carole melahirkan lapan bayi perempuan dan empat lelaki untuk pasangan bermasalah, termasuk sepasang kembar dua dan tiga. Biasanya Carole menerima bayaran antara 10,000 (RM49,787) dan 15,000 (RM74,681) daripada pasangan yang dibantunya. - DM
No comments:
Post a Comment