RAJESH SHAH menunjukkan
kad perniagaannya.
AHMEDABAD,
India - Sebuah kedai pakaian lelaki di India diminta menukar namanya selepas
nama Hitler yang digunakan membangkitkan kemarahan masyarakat setempat.
Akhbar
MailOnline melaporkan pemilik kedai berkenaan, Rajesh Shah mendakwa dia
tidak menyedari nama kedainya, Hitler telah mencetuskan kontroversi.
Rajesh
berkata, nama tersebut diperoleh daripada gelaran yang diberikan kepada rakan
kongsi perniagaan datuknya.
Gedung
pakaian itu yang terletak di Ahmedabad, dalam wilayah Gujerat, mencetuskan
kemarahan penduduk setempat dan komuniti orang Yahudi di bandar berkenaan.
"Secara
jujurnya, apabila saya memohon untuk menggunakan nama Hitler, saya hanya
mengetahui bahawa dia seorang lelaki yang tegas," kata Rajesh.
"Cuma
baru-baru ini saya tahu cerita tentang Hitler apabila saya melayari
internet," tambahnya.
Menurut
lelaki itu, dia sanggup menukar nama kedainya yang dibuka sejak dua minggu lalu
jika dia dan rakan perniagaannya diberikan sejumlah pampasan ekoran mereka
telah kehabisan wang.
Adolf Hitler
merupakan diktator Jerman yang banyak melakukan pembunuhan dan jenayah perang
semasa Perang Dunia Kedua termasuk dikaitkan dengan penghapusan bangsa Yahudi.
- Agensi
No comments:
Post a Comment