SEBAHAGIAN wanita berbual semasa
mereka menunggu giliran untuk ditemu duga oleh dua kakitangan Kelab Usahawan
Bujang China di Beijing pada Ahad lalu.
BEIJING -
Sejumlah wanita muda di China yang bergaya dengan pelbagai fesyen dan kasut
duduk di atas bangku dan memegang dokumen mengandungi maklumat tentang berat
badan serta ketinggian mereka.
Mereka
merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang menghadiri proses tapisan
kendalian para kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di sini untuk menjadi 50
calon yang dibenarkan berkenalan dengan 32 lelaki kaya.
Lelaki kaya
itu mungkin bakal menjadi suami mereka.
Seorang
peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam sebuah kereta BMW
daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.
Terdapat
juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang sebanyak AS$31,000
(RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki.
Wanita-wanita
itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter,
cantik dan lemah lembut dan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.
Pada Ahad
lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu duga seperti
bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang mereka mahu daripada seorang
lelaki.
Kelab itu
mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu menyertai proses pencarian
jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka dan membayar yuran sebanyak
AS$31,000. - AFP
No comments:
Post a Comment