DUA penculik yang berpakaian Taliban
bergambar bersama seorang pengantin perempuan di Arch of Triump, Bucharest pada
Ahad lalu.
BUCHAREST,
Romania - Tradisi merampas pengantin perempuan dari majlis perkahwinan untuk
dijadikan tebusan semakin mendapat sambutan pada setiap Sabtu di sini.
Tradisi tersebut
melibatkan pengantin perempuan dibawa lari oleh rakan-rakannya menuju ke
monumen Arch of Triumph yang menjadi lokasi tumpuan pelancongan.
Pengantin
perempuan itu dan penculik-penculiknya menari dan bergaya seksi di hadapan
kamera.
Wang tebusan
untuk kes penculikan olok-olok itu merupakan beberapa botol arak atau sesuatu
yang dianggap lebih romantik seperti deklarasi cinta di tempat awam oleh
pengantin lelaki.
Seorang
pengantin perempuan berusia 25 tahun, Alisar Dragne berkata, penculikannya
dirancang dengan teliti.
"Semuanya
dirancang rapi. Sebuah kereta limousin menunggu untuk membawa saya di hadapan
sebuah restoran di sini. Saya diberikan isyarat supaya meninggalkan pengantin
lelaki dan kami pergi ke Arch of Triumph untuk berseronok," kata Dragne.
Menurutnya,
tradisi tersebut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan.
SEORANG pengantin perempuan berjalan
menaiki sebuah limousin dengan seorang lelaki yang memegang senjata palsu
berdiri di pintu kenderaan itu pada 26 Ogos lalu.
Di Romania,
ia bermula beberapa tahun lalu apabila seorang bintang bola sepak tempatan
menyewa Arch of Triumph untuk melamar teman wanitanya.
Sejak itu,
pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan majlis perkahwinan di negara
berkenaan lebih meriah termasuk perbuatan menculik pengantin perempuan.
Pada Sabtu
lalu, kira-kira 20 pengantin perempuan menjadi tebusan di monumen tersebut yang
dibina pada tahun 1922 bagi memperingati askar-askar Romania yang mati ketika
Perang Dunia Pertama.
Seorang
pengantin perempuan dibawa dengan kereta dari majlis perkahwinannya di sebuah
bandar yang terletak sejam dari timur Bucharest.
Seorang lagi
pengantin perempuan memegang senjata palsu yang dirampas daripada penculiknya
dan berpura-pura untuk menembak di monumen tersebut.
Para
penculiknya pula memakai pakaian jubah seperti anggota Taliban di Afghanistan.
Para
pengguna kenderaan membunyikan hon, melambaikan tangan dan bersorak ke arah
kumpulan pengantin tersebut.
Pihak
berkuasa hanya menutup mata dengan tidak mengambil tindakan terhadap parti yang
diadakan di monumen tersebut.
Mengadakan
parti di monumen tersebut sebenarnya dilarang kerana ia merupakan tempat yang
bersejarah. - AP
No comments:
Post a Comment