SEBAHAGIAN peserta pada pertandingan
makan embrio itik pertama di New York kelmarin.
NEW YORK -
Satu pertandingan memakan telur mengandungi embrio anak itik yang sempurna kali
pertama diadakan di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Dikenali
sebagai balut, telur berkenaan merupakan antara makanan menjijikkan di dunia.
Acara
ekstrem tersebut dianjurkan oleh restoran Maharlika yang menjual masakan
Filipina di sini.
"Telur
ini direbus dan dihidangkan bersama secubit garam dan cuka tebu.
"Apabila
kulit telur dipecahkan, anda mula dengan meminum cairan di dalamnya sebelum
memakan janin anak itik. Jika anda bertuah, anda akan menemui embrio itik yang
mempunyai sedikit bulu dan paruh kecil," kata pemilik bersama restoran
berkenaan, Miguel Trinidad.
"Telur
ini merupakan sumber protein yang hebat dan dapat menguatkan tenaga batin
anda," tambahya.
Menampilkan
10 peserta, pertandingan sulung itu dimenangi oleh seorang lelaki, Wayne
Algenio.
Dia memakan
sebanyak 18 telur embrio dalam tempoh lima minit.
Algenio yang
memenangi tali pinggang hitam bersadur emas berjanji akan mempertahankan
kejuaraannya pada tahun depan. - Agensi
No comments:
Post a Comment