GIL-NAM mencari produk penjagaan
kulit di sebuah kedai di Seoul pada 10 Ogos lalu.
SEOUL - Jika
dahulu, pemakaian mekap sinonim dengan kaum wanita namun kini semakin ramai
lelaki di Korea Selatan gemar bersolek bagi membantu mereka berjaya dalam
kerjaya yang diceburi.
Seorang
pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di sini, Cho Won-hyuk berkata, dia akan
menggunakan bedak dan celak pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
"Memiliki
wajah bersih dan licin membuatkan anda kelihatan memiliki penjagaan diri yang
baik," kata pelajar kolej berusia 24 tahun tersebut.
Seorang
lelaki lain, Cho Gil-nam memberitahu, dia akan bersolek pada setiap pagi
selepas mencuci dan memakai krim pelembap pada wajahnya.
Bekerja
sebagai seorang penyiasat insurans di sini, lelaki berusia 27 tahun itu
berkata, dia turut membawa kotak mekap untuk digunakan di dalam tandas awam
bagi memastikan wajahnya kekal bersih dan licin sepanjang hari.
Mengulas
fenomena yang kini melanda lelaki Korea Selatan, pakar kajian Korea di
Universiti Nasional Australia, Roald Maliangkay berkata, kecantikan diri
penting di negara berkenaan kerana ia menjadi penanda aras kejayaan seseorang
lelaki.
"Bagi
masyarakat Korea Selatan, gambaran pertama amat penting. Kulit seseorang lelaki
memainkan peranan utama tentang gambaran itu," kata seorang pelajar
berusia 20 tahun, Kim Deuk-ryong yang sependapat dengan Maliangkay. - AP
No comments:
Post a Comment