WILLIAM (berbaju merah) menaiki
sebuah perahu perang di Tavanipupu, Kepulauan Solomon semalam.
HONIARA -
Pewaris kedua takhta Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton
menaiki sebuah perahu perang di Tavanipupu, Kepulauan Solomon semalam.
Pasangan
diraja itu diraikan ribuan penduduk yang menunggu kedatangan mereka.
William dan
isterinya itu tiba di sini kelmarin selepas melakukan lawatan ke Malaysia dan
Singapura.
Kate memakai
gelaran Catherine selepas berkahwin dengan William pada 29 April tahun lalu.
Lawatan itu
diteruskan walaupun terdapat laporan berita bahawa majalah Chi di Itali
telah menyiarkan gambar separuh bogel Kate.
Edisi khas
majalah itu kelmarin menyiarkan 18 gambar yang dirakamkan paparazi yang
menunjukkan Kate dan William berjemur di sebuah rumah di Perancis.
KATE dan William berbual dengan
seorang lelaki di sebuah kampung budaya di Honiara semalam.
Para peguam
pasangan diraja itu telah memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Perancis ekoran
sebuah lagi majalah, Closer menyiarkan gambar payu dara Kate.
Kate dan
William menuntut ganti rugi kerana mendakwa majalah tersebut menceroboh
kehidupan peribadi mereka apabila gambar berkenaan dirakamkan.
Bagaimanapun,
gambar bogel tersebut tidak menjejaskan lawatan pasangan diraja itu.
Kate dan
William turut melawat sebuah kampung budaya di sini.
Kelmarin
pada satu majlis William berkata: "Tanah ini adalah yang paling indah dan
penduduk di Kepulauan Solomon merupakan antara yang paling ramah serta baik."
Ketika
berucap, William memakai baju batik.
Lawatan
diraja itu diadakan sempena sambutan ulang tahun pemerintahan nenda William,
Ratu Elizabeth II kali ke-60. - Agensi
No comments:
Post a Comment