SEORANG wanita menunggang motosikal
tandas di Omiya, pinggir Tokyo kelmarin.
TOKYO - Syarikat pengeluar motosikal tandas di Jepun semalam
menyatakan ia boleh bergerak sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan
najis dan kumbahan haiwan.
Ia dianggap sebagai motosikal pertama dijana dengan najis
sebagai bahan bakar di dunia.
Motosikal itu mempunyai tiga roda dan mempunyai mangkuk
tandas di tempat duduk.
Namun, pihak pengeluar motosikal itu, TOTO menyatakan orang
yang menunggangnya tidak mengeluarkan najis untuk membolehkan ia bergerak.
"Minyak bio yang dijadikan bahan bakar itu tidak
dihasilkan daripada najis manusia.
"Ia adalah daripada najis dan kumbahan ternakan,"
kata jurucakap syarikat tersebut, Kenji Fujita.
Motosikal itu dipamerkan di bilik pameran syarikat tersebut
di pinggir Tokyo.
Menurutnya, para pelanggan amat berminat dengan kenderaan
tersebut dengan sebahagian mereka merakamkan gambar.
Setakat ini motosikal itu tidak akan dijual. - AFP
No comments:
Post a Comment