HUN-CHEOL kemudian berpaut pada
cermin kereta itu.
BUSAN, Korea
Selatan - Seorang anggota polis trafik di sini digelar sebagai John McClane
Korea Selatan selepas dia meniru aksi hero filem Die Hard itu ketika
menangkap seorang penjenayah, menurut media semalam.
Saluran
berita Amerika Syarikat, CNN melaporkan Kim Hyun-cheol, 33, disanjung
sebagai wira kerana keberaniannya berpaut pada cermin hadapan sebuah kereta
yang dipandu oleh seorang suspek selama 25 minit bagi menghalang lelaki
berkenaan daripada melepaskan diri.
Hyun-cheol
memperoleh ramai peminat di negara asalnya selepas klip video aksi lagak ngeri
itu tersebar.
Menurut
akhbar tempatan, Joongang Daily, Hyun-cheol pada mulanya meminta suspek
berhenti selepas melihatnya membuat pusingan U secara haram di pusat bandar di
sini.
Bagaimanapun
semasa dia menulis saman untuk kesalahan tersebut, lelaki berkenaan yang
dikenali dengan nama keluarganya, Jeong mula memecut kenderaannya.
Selama 25
minit kemudian, suspek itu memecut keretanya dengan anggota polis berkenaan
berpaut pada cermin kenderaan itu.
"Dia
(suspek) seperti takutkan sesuatu. Dia cuma membuka sedikit tingkap
keretanya," kata Hyun-cheol menurut akhbar Joongang Daily.
Akhirnya,
lelaki itu terpaksa menghentikan keretanya kerana kesesakan lalu lintas.
Dia kemudian
ditangkap semasa cuba melarikan diri.
"Saya
nekad berpaut kereta itu kerana saya mengesyaki dia seorang penjenayah,"
jelas Hyun-cheol.
"Saya
ingat saya akan mati. Saya tetap berpaut kerana saya benar-benar mahu menangkap
lelaki ini," ujarnya.
Jeong
kemudian didapati dikehendaki polis kerana beberapa kes jenayah berkaitan
dadah.
Menurut
Hyun-cheol, dia mengalami luka kecil di dada dan kakinya dan memerlukan masa
tiga minggu untuk sembuh sepenuhnya.
CNN
melaporkan Hyun-cheol telah dinaikkan pangkat selepas kejadian itu.
Imej itu
dirakamkan pada 26 Ogos lalu. - Agensi
No comments:
Post a Comment