London:
Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan
ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi
amaran.
Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak.
Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak.
Dalam ujian
ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi
jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia
mungkin menjejaskan kesihatan manusia.
Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk
adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana
manusia akan terdedah.
Bukti kukuh
Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka untuk menghalang pencegahan
bakteria di hospital, diproses secara kimia dengan segera oleh tubuh tanpa
kesan membahayakan.
Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California berkata ia mungkin kekal
aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan.
Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan kepada
kedua-dua kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang
mengetuai kajian itu.
Fungsi
jantung menurun
Beliau berkata, bagi seseorang yang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan, namun jika mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar.
Pasukan berkenaan menyuntik sekumpulan tikus dengan triclosan. Mereka melihat satu pengurangan yang ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit. -Agensi

No comments:
Post a Comment