LOMAS berdiri dengan menggunakan sut
robotik di Trafalgar Square, London, pada 24 Ogos lalu.
LONDON - Seorang wanita lumpuh dari paras dada merupakan
orang yang pertama membawa pulang sebuah rangka robotik yang dipakainya untuk
membantu dia berjalan.
Wanita Britain itu, Claire Lomas lumpuh dalam satu kemalangan
semasa menunggang kuda.
Rangka robotik itu telah digunakan di beberapa buah hospital
dan pusat pemulihan tetapi Lomas merupakan orang pertama yang membawa pulang
sut bionik berkenaan untuk kegunaan harian.
Dikenali sebagai ReWalk, sut tersebut dianggarkan berharga
£45,000 (RM140,000).
Sut itu dihasilkan oleh syarikat Argo Medical Technologies.
Lomas pernah menggunakan sut tersebut awal tahun ini untuk
menamatkan larian Marathon London dalam masa 17 hari.
Dia menyertai larian tersebut untuk mengumpul dana £200,000
(RM622,400) bagi tujuan penyelidikan kerosakan tulang belakang.
Wanita itu diberi penghormatan untuk menyalakan obor Sukan
Paralimpik di sini baru-baru ini.
Lomas yang sudah berkahwin mempunyai seorang anak. - Reuters
No comments:
Post a Comment