SEBAHAGIAN daripada 641 orang yang
mengurut di pinggir Bangkok semalam.
BANGKOK -
Seramai 641 tukang urut mengurut 641 orang secara serentak selama 12 minit di
sini semalam sekali gus mencipta rekod baharu Guinness World Record.
Acara
mengurut beramai-ramai itu dianjurkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand bagi
mempromosikan industri spa dan urut di negara ini.
Rekod lama
dicatatkan di Australia pada tahun 2010 apabila 263 diurut serentak selama lima
minit.
"Ia
mudah kerana ini (mengurut) kami lakukan pada setiap hari untuk hidup,"
kata salah seorang tukang urut wanita, Chayanan Chanwuttisawan, 53, yang
mengambil bahagian dalam acara tersebut.
"Saya
tidak pernah menyangka kami mempunyai peluang untuk diiktiraf seperti
ini," tambahnya.
Thailand
memang terkenal sebagai 'ibu kota mengurut' di dunia.
Menteri
Kesihatan, Wittaya Buranasiri berkata, dia mahu industri mengurut memberi lebih
banyak pendapatan kepada negaranya. - AP
No comments:
Post a Comment