SEJUMLAH penonton
menyaksikan pertandingan perlumbaan Pacu Jawi. - Agensi
PADANG PANJANG, Sumatera Barat – Satu perlumbaan lembu di
kawasan sawah padi diadakan di sini kelmarin.
Sukan itu dikenali sebagai Pacu Jawi dalam kalangan penduduk
Minangkabau.
Ia diadakan selepas musim menuai padi berakhir. Pada
perlumbaan itu, seorang lelaki akan berdiri di atas sekeping papan yang ditarik
dua ekor lembu.
Lelaki itu turut memukul ekor haiwan itu supaya berlari
dengan lebih pantas untuk menewaskan pesaingnya. – Agensi
No comments:
Post a Comment