expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 16 January 2013

Anemia belenggu wanita hamil





GOLONGAN wanita yang mengandung mudah terganggu, letih dan lemah. Simptom-simptom itu dikatakan perkara biasa yang dialami wanita ketika hamil. Malah, mereka seringkali dimaklumkan supaya mengabaikan gejala-gejala terbabit memandangkan semua itu disebabkan kesan perubahan hormon akibat hamil.


Begitupun, tanda-tanda itu sebenarnya menandakan wanita mengandung itu menghidap anemia akibat kekurangan zat besi.


Kekurangan zat besi merupakan penyebab utama anemia. Mereka yang mengalami anemia akan sering letih, sukar bernafas, kedatangan haid yang tidak menentu dan pening.






Zat besi sebenarnya boleh didapati di dalam daging merah, bijirin dan sayur-sayuran hijau sementara vitamin-vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh terdapat di dalam kebanyakan jenis makanan.


Namun apa yang lebih malang, penyakit itu jika tidak dicegah serta dirawat boleh menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan bagi jangka masa panjang.


Menyedari hakikat itu, Merck Consumer Healthcare mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel pendidikan bersama Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran.

 
Menurutnya, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil malah selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.


Seseorang wanita hamil yang mengalami kekurangan zat besi boleh dikesan sekiranya tahap bacaan bilangan sel darah merah kurang daripada 12 sehingga 15 miligram (mg).


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau memberitahu, wanita hamil amat memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi mereka.


Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya sekali gus menyebabkan mereka terdedah dengan risiko penyakit anemia.


“Apabila tubuh mereka mengalami kekurangan zat besi, seseorang wanita yang mengandung itu boleh mengalami keguguran, kelahiran pramatang dan kebarangkalian berdepan dengan maut.


“Oleh itu, golongan wanita disarankan menjalani ujian darah sebelum merancang untuk hamil. Ia penting bagi mengetahui tahap hemoglobin mereka.


Namun, apa yang terjadi kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor selepas mereka disahkan mengandung. Pada masa itu, mereka sudah pun didapati mengalami anemia yang ringan,” ujarnya.






Sehubungan itu, golongan ibu disyorkan supaya mengambil meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur-sayuran, kekacang, hati, prun, kismis, buah-buahan, labu, bijan dan tauhu.

4 comments:

  1. tu utk yg preknen..sy yg nk derma drh aritu pun xlpas psl krg zat besi.tu la krg mkn syur..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pn sama..x dpt derma darah sebab berat kurang..:-)

      Delete
  2. wanita hamil ni, memang kena jaga betul2 kesihatan..takut efek pada baby kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..bahaya klu kita kekurangan zat besi..segera jumpa doktor ambil ubat :)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com