expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 21 January 2013

Bagaimana Pokok Kaktus Hidup Di Padang Pasir?



Pokok yang bijak menyimpan air. 


Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir. Walaupun padang pasir memperoleh hujan yang sedikit tetapi pokok kaktus akan menyerap air sebanyak mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering.






Namun begitu duri yang terdapat pada pokok berkenaan turut memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya. Duri yang tajam menghalang haiwan untuk memakannya dan juga menghalang tiupan angin yang kuat terhadap pokok itu sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu. 


Selain itu duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan.

17 comments:

  1. dulu KY ada juga tanam kaktus, suka sangat bila ia berbunga, kerna terlalu exsitet..suka siram...heee akhirnya yg tanam separuh kena tanam semuanya hiih mati kesejukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sgt siram kot..hehe...klu jaga betul2 mesti hidup kan..:-)

      Delete
  2. setiap kejadian itu ada keistimewaanya.. kt pernah gak simpan kaktus kecik2 tu.. tapi dah mati.. sebab terlebih bagi air kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..siram banyak sgt dah mati lemas pokok tu..hehe...betul tu..setiap benda ade keistimewaan masing2..:-)

      Delete
  3. dab sbb tu juga pokok kaktus x ada daun tapi ada duri.. permukaan daun yg luas akan menyebabkan air dalam pokok kaktus tersejat lebih cepat. tapi, luas permukaan duri sangat sedikit. so, kurg air tersejat keluar... hehe

    ReplyDelete
  4. sakit jugak kena duri kaktus ni.. tpi x setanding durian.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa lagi sakit kena duri kaktus nie..sebab duri kaktus lagi halus dan tajam dari duri durian..klu duri kaktus tercucuk dlm kulit lagi dalam berbanding duri durian ni..lagi sakit..:)

      Delete
  5. teringat mase wat kelksi kaktus dlu,.skrg xde masa nk jage da...semua da hilang kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak hilang kemana pokok tu tapi dah mati kot..sebab tuan dia x jaga dia..hehe...:-)

      Delete
  6. Hebatnya ciptaan Allah...
    Kaktus juga berperanan menbekalkan air minuman kepada pengembara di padang pasir ...

    ReplyDelete
  7. pernah ada kaktus . tapi dah mati . hhee . sebabtak pandai jaga . hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak pandai jaga nie..tak ada masa nak jaga sebab tu pokok tu mati..hehe...:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com