expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 31 January 2013

Pesawat lama dijadikan tadika














SEBAHAGIAN kanak-kanak yang belajar di dalam pesawat Yakovlev Yak-42.

RUSTAVI, Georgia - Pihak pengurusan sebuah tadika membeli sebuah pesawat lama, Yakovlev Yak-42 di bandar ini.


Pesawat itu diubah suai untuk dijadikan sebuah tadika yang mempunyai 15 kanak-kanak.


Menurut Reaktor Institut Hubungan Sosial Ukraine-Georgia, Gari Chapidze, pesawat kecil tersebut akan menjadikan kanak-kanak itu berasa seronok untuk belajar di tadika.


Chapidze berkata, kanak-kanak itu dibenarkan bermain dengan menekan 1,500 butang di kokpit pesawat berkenaan.


Institut itu menguruskan pentadbiran tadika tersebut.


Pihak institut berkenaan mengenakan bayaran sebanyak 70 euro (RM276.72) sebulan kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut. 


Pesawat itu dibina syarikat Saratov Aviation Plant, Rusia. - Agensi

4 comments:

  1. BEST JGK SEMANGAT TERUS NAK PG KALAU CM NI HEE

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua semangat nak belajar kat sini sebab dapat main dlm pesawat time rehat..:-)

      Delete
  2. besar2 sume nak jadi pilot...

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com