expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 20 January 2013

Kahwin penawar barah





Pesakit dapat sokongan pasangan mampu hidup lebih lama


BALTIMORE: Walaupun ubat dan terapi adalah perkara asas dalam rawatan barah paru-paru, perkahwinan juga menjadi ‘ubat’ mujarab bagi mereka yang menghidap penyakit ini, lapor satu kajian. 


Penyelidikan yang dibuat mendapati penghidap penyakit ini boleh hidup lebih lama lagi berbanding mereka bertekad terus membujang. 


Malah, pengkaji mendapati perkahwinan boleh menjadi ubat mujarab kepada penyakit lain termasuk barah prostat, sakit kepala dan sakit tengkuk. 


Laman web mid-day.com melaporkan, satu kajian yang dijalankan di Universiti Maryland menunjukkan, perkahwinan boleh meningkatkan semangat penghidap barah untuk berjuang melawan penyakit itu. 


“Kajian kami menunjukkan pentingnya sokongan sosial dalam proses penyembuhan dan merawat penyakit barah paru-paru,” kata pakar onkologi dan ketua kajian, Elizabeth Nichols yang mengemukakan hasil kajiannya pada satu simposium di Chicago baru-baru ini. 


Beliau berkata, berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, pihaknya percaya mekanisma sokongan kepada pesakit barah, mempunyai kesan lebih besar terhadap kelangsungan hidup berbanding teknik atau terapi barah yang baru. 


“Kami juga yakin bahawa usaha mencegah barah tidak sewajarnya hanya memberi tumpuan kepada mencari ubat baru dan terapi, tetapi keutamaan perlu diberi kepada kaedah yang dapat menyokong pesakit,” katanya. 


Nichols berkata kajian yang dijalankan membabitkan 168 pesakit barah paru-paru tahap lanjut yang sudah menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi bagi tempoh satu dekad dari 2000 hingga 20120. 


“Kami dapati satu pertiga daripada responden yang masih hidup selepas tiga tahun, berbanding 10 peratus pesakit bujang yang masih hidup dalam tempoh sama,” katanya. 


Nichols berkata keadaan ini adalah kerana pesakit barah sentiasa memerlukan sokongan dalam kehidupan harian mereka, terutama ketika tinggal di hospital dan menjalani rawatan kemoterapi. – Agensi

2 comments:

  1. Gud info...tq
    Pasangan merupakn ubt yg mujarab dlm membina kebahagiaan hidup...

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com