Washington:
Wanita hamil perlu berhati-hati dengan diet kerana pengambilan banyak makanan
berlemak meningkatkan risiko anak dan cucu perempuan mereka menghidap barah
payu dara.
Penyelidik percaya diet tidak sihat boleh mengubah suai sel bayi belum lahir dan generasi seterusnya secara kekal.
Ia
menjelaskan, mengamalkan pemakanan sihat ketika hamil boleh mengurangkan paras
barah payu dara, jenis barah paling biasa di United Kingdom yang menyerang satu
dalam lapan wanita ketika hayat mereka.
Saintis di Universiti Georgetown di Washington DC memberi makan tikus bunting dengan diet normal atau makanan tinggi lemak.
Berisiko
tinggi dapat barah
Bagi haiwan yang diberi diet berlemak, anak dan cucu betina yang diberi makan secara normal, didapati mempunyai risiko tinggi mendapat tumor barah payu dara.
Makanan berlemak dikaitkan dengan paras tinggi hormon estrogen. Sekumpulan tikus yang diberi makanan berlemak juga diberi estrogen tambahan, memberi kesan kepada tiga generasi seterusnya.
Ketika kajian itu belum disahkan pada manusia, ketua penyelidik, Dr Sonia de Assis, berkata: Apa yang dimakan oleh ibu atau terdedah ketika kehamilan boleh meningkatkan risiko anak perempuannya menghidap barah payu dara. -Agensi
haiyo..tkutnye..dah la ske mkn...mknn kt msia jgn ckpla..kbyknnya blemak..huhu
ReplyDeletetakpe mira..nak makan boleh tapi dlm kuantiti yg berpada2..jangan tiap2 hari sudah..nanti badan pulak yg obesiti..naye kan..susah nak turun balik tu :)
DeleteAlhamdulillah, setelah mencuba H-Tonic dan Tri-Tonic 100% herba dlm bentuk kapsul dari Vivie-E Healthcare, sekarang sahabat saya yg menghidap penyakit SLE semakin beransur pulih dan ceria. Testimonial keatas pelbagai penyakit kanser juga membuahkan hasil yg sama. Diantaranya kanser paru-paru tahap 4 dengan Leukimia (Alhamdulillah sembuh sepenuhnya); kanser payu dara tahap 4 ( selepas hari keempat dah mula berhenti merebak dan semakin sembuh dan pulih sekarang). Allah Maha Kuasa! Ini adalah testimonial terkini setakat ni..InsyaAllah..sebarkan kerana ramai lagi sahabat dan kawan2 serta saudara2 kita yg memerlukan khidmat perubatan yg dianugerahkan oleh yg Maha Kuasa ini. Produk ini juga mendapat pengiktirafan KKM & JAKIM. Call saya di talian 019 - 476 2661. InsyaAllah saya akan cuba membantu. Kos sebulan minimum RM400 dan maximum RM800. Agak mahal tapi Alhamdulillah, memang puas hati.
ReplyDeleteterima kasih..:-)
Delete