expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 20 January 2013

Panduan menguatkan ketahanan badan sekeluarga





Kurangkan tekanan - tekanan sebenarnya baik untuk kita kerana ia akan membuatkan kita berada dalam keadaan bersedia dan sentiasa berjaga-jaga. Namun terlalu banyak tekanan boleh menjejaskan kesihatan dengan melemahkan sistem imun badan. Jadi pelajari kaedah menangani tekanan.






Bina rangkaian sosial yang baik dan kukuh - semua orang tahu pentingnya mempunyai kawan, tetapi ikatan persahabatan yang kukuh boleh memberi kesan besar kepada kesihatan. Ada kajian mendapati individu yang ada hubungan baik dan erat dengan kawan-kawannya mempunyai daya keterusan hidup 50 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tiada kawan rapat. Untuk meluaskan rangkaian sosial anda, sertai aktiviti di kejiranan anda, menjadi sukarelawan atau menganggotai badan bukan kerajaan. 






Bersikap positif - sikap dan pemikiran positif akan merangsang daya ketahanan badan. Kajian ke atas pelajar jurusan undang-undang mendapati apabila mereka berasa optimistik, sistem imun mereka lebih kuat. Untuk bersikap positif, luangkan masa melakukan kerja yang anda suka dan melihat satu masalah sebagai cabaran untuk memperbaiki diri. Jangan layan fikiran yang negatif. 






Ketawa - ketawa adalah ubat yang mampu merangsang sistem imun kita. Ia terbukti melalui beberapa kajian yang dilakukan ke atas sekelompok orang yang ketawa apabila menonton rancangan jenaka dan didapati fungsi sistem imun mereka meningkat. 






Makan antioksidan - sumber antioksidan ada di sekeliling kita iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Antioksidan dalam makanan membantu melindungi sel daripada kesan radikal yang boleh merosakkan sel. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbilang warna setiap hari. 






Ambil makanan tambahan - jika anda berasakan pemakanan harian anda tidak cukup membekalkan zat yang diperlukan, ambil makanan tambahan. Ia boleh membantu badan mendapat semua khasiat untuk membina sistem imun yang sihat. 






Elakkan makanan yang mengandungi kalori kosong - kalori kosong bermakna satu-satu makanan itu tidak mengandungi khasiat, tetapi ada kalori contohnya snek, gula-gula dan minuman berkarbonat. Jika anda mahukan kudapan, pilih makanan yang kaya khasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin mil penuh.




Gerakkan badan anda - manusia dicipta untuk bergerak. Amalan gaya hidup tidak aktif sebenarnya bertentangan dengan fitrah manusia. Banyak pergerakan dan bersenam bukan saja akan mengurangkan tekanan malah ia sekali gus membantu merendahkan risiko pelbagai penyakit.









Tidur secukupnya - tanpa tidur dan rehat secukupnya, sistem imun kita akan menjadi lemah. Jadi rancang masa dan kerja sebaiknya supaya ia tidak menjejaskan tidur.





Berhenti merokok - merokok bukan saja menjadi punca dan perangsang kepada pelbagai jenis penyakit, malah ia turut melemahkan sistem imun. Pendedahan kepada asap rokok (perokok sekunder) juga boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com