expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 22 January 2013

Pedih Ulu Hati/Reflux (GERD)





Gambar perut (stomach). Dapat dilihat sekali esofagus, sphincter (pencerut), dan usus (bawah perut)

Pedih ulu hati adalah penyakit yang biasa berlaku dalam masyarakat. Ia dipanggil Gastro Esophageal Reflux Disease dalam istilah bahasa inggeris. Definisi semasa pedih ulu hati ialah 'keadaan dimana isi daripada perut seperti asid naik ke kawasan esophagus, menyebabkan sakit atau apa yang dinamakan sebagai pedih ulu hati.


Biasanya, masalah pada pencerut bawah esophagus (cardiac sphincter) menyebabkan masalah pedih ulu hati berlaku. Sekiranya masalah pedih ulu hati berlanjutan, maka ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti metaplasia sel Barett, dan yang paling dikhuatiri ialah kanser esophagus.




Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunnya pedih ulu hati, antaranya termasuk:


  • Hernia dalaman (perut ternaik ke atas ke kawasan ruang dada) menyebabkan pencerut tidak dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan asid dari perut naik ke kawasan esofagus.

  • Pencerut esofagus menjadi lemah

  • Esofagus kehilangan fungsi peristalsis (pergerakan esofagus rosak)

  • Kegemukan

  • Terlebih penghasilan asid di perut.

  • Perut lambat kosong akibat daripada lambatnya pemprosesan makanan di perut.

  • Terlebih makan sehingga perut penuh

  • Merokok

  • Mengandung

  • Pembedahan dalam pesakit achalasia

  • ubat ubatan



Antara simptom simptom penyakit pedih ulu hati ialah:

  • Rasa pedih ulu hati (rasa terbakar pada kawasan belakang tulang dada bahagian bawah)

  • Pedih ulu hati sewaktu makan

  • Pedih ulu hati sewaktu baring

  • Pedih ulu hati selepas makan makanan pedas, masam

  • Pedih ulu hati sewaktu menggeliat

  • Air liur keluar dengan banyak

Antara simptom luar biasa termasuk:

  • Batuk yang kronik

  • Asma pada waktu malam

  • Radang peti suara (laryngitis)

  • Resdung (Sinusitis)

Apakah komplikasi penyakit pedih ulu hati?



Barett esofagus




Antara komplikasinya termasuk:

  • Barett esofagus (perubahan sel pada esofagus daripada squamus kepada collumnar, yang sekiranya tidak dirawat seterusnya boleh membawa kepada kanser)

  • Kanser esofagus

Rawatan


Rawatan dapat dilakukan melalui pembetulan gaya hidup pesakit, ubat ubatan dan melalui kaedah pembedahan.






Mengubah gaya hidup:

  • Kurangkan berat badan

  • Berhenti merokok

  • Pakai bantal sewaktu tidur untuk mengelakkan asid perut naik ke esofagus

  • Makan dalam kuantiti yang sedikit namun secara kerap

  • Elakkan minuman panas, alkohol (haram), buah buahan masam, tomato (masam), bawang, air berkarbonat, makanan pedas, kopi, teh, coklat (kafein), dan jangan makan dalam 3 jam sebelum tidur.





Ubatan:
 
  • Gaviscon (seperti yang selalu dalam iklan)

  • Antasid (Aluminium hidroksida)

  • Lansoprazole (PPI), satu atau dua kali sehari bergantung kepada tahap serius






Pembedahan:

  • Pembedahan Fundoplication kepada pesakit yang amat kritikal


3 comments:

  1. Hello Nurul,

    Saya ingin tahu jika anda menerima komen dari saya, dan jika anda minat untuk membantu kami dengan memberikan informasi kepada pengikut-pengikut anda mengenai isu pedih ulu hati dan gastrik.

    Seperti yang saya nyatakan tempoh hari, proses menambahkan link ini 'Gaviscon' amat mudah sahaja. Jika anda memerlukan bantuan, sila bagi tahu saya dan saya gembira untuk membantu anda!

    Proses ini amat mudah dan anda boleh membantu banyak orang.

    Saya menunggu balasan anda.

    Yang benar,
    Edith
    Lion&Lion
    edith@lionandlion.com

    ReplyDelete

  2. Penyakit hiatus hernia juga boleh menjadi salah satu punca pedih ulu hati. Untuk mengesahkannya seseorang pesakit harus menjalani pemeriksaan X-ray atau CT-scan abdomen.

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com