expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 21 January 2013

Khasiat gambir rawat penyakit




















Pokok gambir banyak kegunaan untuk kesihatan


Kebanyakan orang tahu gambir digunakan bersama beberapa ramuan lain seperti pinang dan kapur sebagai penambah perisa sirih. Makan sirih menjadi kebiasaan sesetengah wanita separuh umur yang tinggal di kawasan pedalaman.


Selain menjadi penambah perisa sirih, gambir memiliki pelbagai khasiat yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional. Sebelum saya bincang mengenai kegunaan gambir dalam perubatan tradisional, eloklah jika diterangkan bagaimana gambir dihasilkan.


















Bentuk gambir yang terdapat dipasaran.


Gambir yang terdapat dalam pasaran dan biasa digunakan untuk makan sirih itu sebenarnya ialah serbuk yang terhasil dari proses ekstraksi. Proses ekstraksi dijalankan dengan merebus daun dan ranting pokok gambir selama sejam.


Setelah daun dan ranting dikeluarkan, air rebusan dituang ke dalam tapis di mana di bahagian bawahnya terdapat penyerap diperbuat dari kain bertujuan menyerap air. Bahan kental hasil ekstrak kemudian dimasukkan ke dalam buluh.


Setelah kering, ekstrak gambir dikeluarkan dan dipotong melintang lalu menghasilkan ketulan berbentuk silinder leper seperti yang biasa didapati dijual di pasaran.


Pengeringan secara tradisional pada suhu rendah dikatakan mengambil masa hingga sepuluh hari. Istilah gambir dan ekstrak gambir digunakan secara bertukar ganti sepanjang tulisan ini di mana kedua-duanya merujuk kepada bahan yang sama iaitu hasil daripada proses ekstraksi seperti yang diterangkan.
















Mengetatkan vagina


Golongan wanita boleh memanfaatkan herba ini untuk menjaga kesihatan vagina. Sifat antivirus, antibakteria dan astringen gambir menyebabkan ia sesuai digunakan untuk menjirus vagina.


Bancuh 1/2 camca teh ekstrak gambir yang dihancurkan dengan secawan air suam. Siram air herba ini pada vagina. Sifat astringennya dipercayai membantu merapatkan otot vagina. Sifat antivirus dan antibakterianya dikatakan mampu merawat vaginosis.


Vaginosis ialah sejenis penyakit berpunca daripada infeksi bakteria pada vagina. Biasanya 85 peratus wanita yang mengalami vaginosis tidak mendapat sebarang simptom.


Namun simptom utamanya ialah keluar discaj berwarna putih dengan bau khusus. Sesetengah wanita mengalami discaj berbau hanyir. Discaj biasanya didapati keluar secara jelas selepas melakukan hubungan biologi.


Selain menjirus dengan teh ekstrak gambir dua hingga tiga kali sehari, sediaan teh ekstrak gambir juga diminum tiga kali sehari.


Sukatan untuk teh ialah 1/4 - 1/2 camca teh dibancuh dengan secawan air suam. Selain vaginosis, jirusan mengandungi ekstrak gambir dipercayai dapat meredakan vaginitis iaitu vagina mengalami keradangan.


Kandungan fitokimia dalam ekstrak gambir seperti asid Gallic, Quercetin, asid Ellagic, Epicatechin memiliki aktiviti biologi anti keradangan. Sebab itu ia boleh digunakan untuk meredakan osteoartritis (sakit sendi), bengkak hidung, selesema, radang tekak dan luka.


Sifat anti keradangan dan astringen ekstrak gambir juga menyebabkan ia sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami buasir dan diarea. Caranya ialah dengan minum teh ekstrak gambir. Penyediaannya telah disebutkan di atas.


Luka dalaman atau kecederaan dalam tubuh berpunca dari hentakan seperti kerana kemalangan dipercayai boleh diatasi dengan meminum teh ekstrak gambir. Teh ekstrak gambir juga dipercayai sesuai untuk kedatangan haid melebihi tempoh dan untuk memberhentikan darah kerana luka. Sifat antivirus dan antibakterianya dipercayai boleh membantu merawat sakit kulit seperti pelbagai jenis kudis.


Sifat antiseptik, astringen dan antioksidan ekstrak gambir menyebabkan ia sesuai digunakan sebagai pencuci muka dan kulit seluruh tubuh. Sediakan teh ekstrak gambir dengan sukatan seperti dinyatakan di atas.


Gandakan sukatan ekstrak dan air jika teh diperlukan untuk membersihkan kulit seluruh tubuh.


Selain membantu mencantikkan/menyegarkan kulit, teh ekstrak gambir mampu menghilangkan bau peluh, bau ketiak, bau rambut dan bau celah kelengkang. Untuk kesan sinergi, tambah secubit garam gunung Himalaya dan perahan limau nipis ke dalam sediaan teh ekstrak gambir.


Gambir boleh digunakan untuk mengatasi sakit perut, perut sebu dan perut berangin. Caranya ialah dengan minum air teh ekstrak gambir. Sukatannya telah dinyatakan di atas.


Serbuk ekstrak gambir yang dihancurkan dan dilarutkan dengan sedikit air juga boleh disapu pada abdomen dan diurut perlahan-lahan.


Sifat antivirus dan anti keradangan menyebabkan gambir boleh diambil untuk meredakan demam selesema atau flu. Cara paling berkesan ialah mencampurkan bunga cengkih ke dalam teh ekstrak gambir untuk menghasilkan sinergi.


Cara menyediakan ramuan herba ini ialah dengan membacuh 1/4 - 1/2 camca teh gambir dengan secawan air panas. Segera masukkan 10 kuntum bunga cengkih dan tutup cawan selama 10 minit. Minum secawan teh ini pada suhu panas dan ambil sediaan sama tiga kali sehari.




















Tekanan darah tinggi


Gambir boleh digunakan untuk mengawal tekanan darah. Sukatan pengambilannya ialah 1/2 camca teh ekstrak dibancuh dengan secawan air. Ambil secawan teh setiap kali, tiga kali sehari. Mereka yang sedang mengalami tekanan darah rendah perlu menjauhi gambir.


Fitokimia seperti asid Ellagic, Quercetin, asid Gallic, Catechol dalam ekstrak gambir semuanya bersifat antikanser. Sesetengah fitokimia itu juga pada masa sama bersifat apoptotic iaitu sifat sel membunuh diri.


Antara perbezaan ketara sel kanser dan sel sihat ialah sel kanser tidak mati. Namun sifat apoptosis (bunuh diri) fitokimia seperti asid Gallic, asid Ellagic dan quercetin dipercayai mampu membantu sel kanser membunuh diri atau memusnahkan dirinya sendiri.


Kesan positif pengambilan ekstrak gambir untuk mengatasi kanser tidak diketahui. Ini kerana sungguh pun terdapat sekian banyak tumbuh-tumbuhan bersifat antikanser sebenarnya belum pasti ia boleh digunakan sebagai bahan terapi utama yang berkesan.


Namun tidak dinafikan doktor singseh, pakar di China mempunyai ramuan herba terdiri daripada gabungan herba terpilih yang mampu untuk mengawal sel kanser. Sebilangan kecil penghidap yang menjalani rawatan di China dikatakan benar-benar bebas dari kanser sepenuhnya.


Pada pandangan saya, sepertimana tumbuh-tumbuhan antikanser lain, ekstrak gambir hanya boleh diambil sebagai bahan antikanser sekunder. Kanser memang boleh dirawat dengan kaedah perubatan alternatif/holistik tetapi tukang ubat mesti mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang tinggi.


Sesungguhnya merawat kanser bukan setakat membunuh sel kanser dengan menggunakan herba. Jika ini diamalkan pengamal perubatan alternatif maka cara mereka tidak berbeza dengan doktor pakar kanser yang membunuh sel kanser menggunakan kemoterapi dan radioterapi.


Gambir selamat diambil dalam sukatan yang biasa diambil dalam bentuk makanan (makan sirih) iaitu antara 1/2 hingga 2 camca teh ekstrak sehari. Sukatan itu diambil dalam sukatan lebih kecil sepanjang hari. Sukatan sama selamat diambil oleh wanita mengandung.

3 comments:

  1. nice share... teringat plak subjek pharmacognosy (ubat dalam herba) belajar tahun lepas... hehe

    ReplyDelete
  2. Sains Perubatan Telah menemui Cara baru Untuk pertempuran HIV AIDS DENGAN MENGGUNAKAN Seorang Lelaki bernama Dr Boadi !!
    NAMA SAYA Barbar Keltner. SAYA SAW A COMMENT ON BLOGS Positif DAN SAYA Akan LOVE TO TELL SETIAP BADAN CARA MY PERUBAHAN STATUS DENGAN Negatif dan SAYA Mendapat sembuh, dan AM Sekarang Saksi Hidup OF IT DAN SAYA RASA YANG Memalukan A ON ME JIKA SAYA TIDAK ovum INI LOVELY KISAH DENGAN ORANG LAIN dijangkiti DENGAN INI VIRUS BERBAHAYA. HIV TELAH Berterusan DALAM KELUARGA SAYA, SAYA HILANG KEDUA-DUA IBU BAPA DENGAN HIV. AND IT IS PAIN SO MUCH SAYA Masih TIDAK mampu Untuk Mengatasi .. Seperti Yang Kita SEDIA PERUBATAN TIDAK ADA Penyelesaian UNTUK IT..AND UBAT ADALAH SESEORANG SANGAT MAHAL .. SO memperkenalkan SAYA Kepada Seorang HERBAL pengamal DI AFRIKA .. SAYA MEMPUNYAI ADA KERJA UNTUK Menunaikan SO SAYA MENGAMBIL MASA UNTUK CHECK OUT ON HIM.I menunjukkan
    HIM SEMUA PEPERIKSAAN DAN KEPUTUSAN SAYA .. SAYA SUDAH teratur DENGAN HIV DAN TELAH TELAH MENGAMBIL TOLL ITS ON ME .. SAYA Telah membelanjakan Beribu-ribu dolar jadi SAYA memutuskan Untuk TRY HIM OUT WALAUPUN SAYA did'nt PERCAYA DALAM IT, SAYA WAS JUST CUBAAN IT kecewa kerana? DAN SELEPAS 14 HARI, beliau Memberitahu SAYA PERGI UNTUK PEPERIKSAAN PERUBATAN.
    DAN ANDA TIDAK PERCAYA Akan 5 DOCTORS BERBEZA DISAHKAN IT YANG AM NEGATIF ​​.. IT WAS LIKE DREAM A ,, SAYA JANGAN PERCAYA HIV HAS CURE..AM Sekarang Negatif ,, AM A WITNESS..I HIDUP TIDAK Tahu Bab bagaimana TERIMA MAN INI ? SAYA Hanya Mahu Membantu LAIN-LAIN DALAM APA CARA I CAN .. SAYA Telah menyertai Forum BANYAK DAN TELAH DISIARKAN INI Perakuan DAN BANYAK ORANG MEMPUNYAI MAIL DAN DIPANGGIL MAN INI PADA TELEFON DAN SELEPAS 14 HARI Mereka Semua DISAHKAN Negatif .. BBC NEWS MENGAMBIL IT LIVE DAN SEMUA ORANG SETIAP SAW IT DAN Sekarang ITS OUT IN KERTAS DAN MAJALAH YANG ADA CURE HERBA UNTUK HIV DAN SEMUA DENGAN Bantuan MAN INI ,, JIKA ANDA INGIN AMBIL IT OR NOT .. ALLAH MENGETAHUI SAYA Telah mencuba MY BEST. ABOUT 28 orang disahkan Negatif MELALUI CURE HERBA DARI DR HERBA Boadi CENTRE. DAN Acha HANTAR MEL KE THANKS ME SELEPAS Acha TELAH DISAHKAN Negatif ,, MAN INI REAL..DON'T MISS peluang-peluang INI ,, HIV virus maut ,, MENGHILANGKAN Sekarang .. JIKA ADA sesiapa Yang mempunyai sama Masalah dan Masih Mencari jalan Keluar , e-mel beliau Masih Kekal, (drboadiherbalcentre@yahoo.com) Atau hubungi Dia Atau whataspp dia di 2348156769001
    Terima kasih

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com