expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 17 January 2013

Raja Namrud cuba membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s iaitu Allah s.w.t.





Seperti kepercayaan orang dahulu kala, beliau menganggap bahawa Tuhan bersemayam di atas kayangan. Oleh itu Raja Namrud telah berusaha untuk membina sebuah kenderaan yang mampu terbang ke atas langit. Empat ekor burung yang besar digunakan untuk mengangkat kenderaan itu kelangit. Empat tiang yang panjang yang dicucuk dengan makanan telah dinaikkan agar burung-burung itu terbang ke atas. Beliau yakin apabila sampainya dilangit, beliau akan menghampiri Allah dan boleh memanahnya sehingga mati.


Sebaik sahaja kenderaan naik ke udara, Raja Namrud pun bersedia dengan anak panahnya. Beliau terkenal sebagai
pemanah yang handal dan hadiahnya yang paling besar ialah Allah. Walaupun begitu, beliau menjadi hairan kerana semakin tinggi kenderaan itu naik semakin jauh langit itu berada. Lama-kelamaan, udara pun menjadi semakin tipis dan beliau semakin susah untuk bernafas. Dengan sepenuh hati beliau mengacukan panahnya kelangit dan memanah ke udara. Selang beberapa minit panahnya jatuh kekenderaannya berlumuran dengan darah. Raja Namrud berasa gembira kerana menyangka beliau berjaya membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s. Lalu beliau pun menolak tiang-tiang itu kebawah supaya burung-burung itu terbang balik kebumi. Apabila sampai kebawah, beliau dengan bangganya menunjuk anak panahnya dikhalayak ramai dan mengaku bahawa beliau telah memburu serta membunuh Allah.


Raja Namrud pun menjemput Nabi Ibrahim a.s ke istananya untuk menunjukkan kekuasaan beliau. Apabila ditunjuk akan panahnya itu, nabi Ibrahim bertanya apabila Raja Namrud memanah tuhan adakah langit semakin jauh atau semakin dekat. Beliau terpaksa mengaku bahawa langit semakin jauh. Oleh itu nabi Ibrahim mendakwa bahawa darah itu adalah sebenarnya darah ikan yang dilumur oleh malaikat dilangit dan Raja Namrud tidak berupaya untuk membunuh Allah.


Barulah beliau sedar bahawa beliau telah dikaburkan matanya oleh Allah.Beliau tetap mahu menunjukkan kekuasannya. Lalu beliau memanggil tenteranya untuk membawa dua orang tawanan. Satunya telah dikenakan hukuman bunuh manakala seorang lagi telah dibebaskan. Dengan angkuh beliau berkata berkata kepada nabi Ibrahim, "Lihatlah saya dapat memberi kehidupan kepada seorang dan mengambil nyawa orang yang lain!". Nabi Ibrahim pula menjawab, "Tuhan yang saya sembah berkuasa untuk menerbitkan matahari dari timur. Bolehkah Raja Namrud menerbitkan matahari disebelah barat pula?" Beliaupun terpaksa mengaku kalah dengan logik nabi Ibrahim a.s. Dengan nada yang tinggi beliau mencabar Allah untuk menentangnya disebuah tempat tertentu. Beliau akan mengumpul seluruh bala tenteranya untuk berperang dengan Allah.


p/s: Bersambung di bahagian kedua…

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com