expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 10 January 2013

Jangan berdoa dengan hati lalai





Rasulullah SAW bersabda: Tiada di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab Baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak. (Riwayat at-Tirmizi) 


Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sombong, takbur dan bongkak. 


Ketika berdoa, hendaklah peka kepada apa dimohon, jangan berdoa dengan mulut saja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya, hadirkan hati serta hayati apa dimohon itu serta yakin Allah akan menerima doa kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa. 


Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai.



1 comment:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com