expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 4 January 2013

Rahsia Bulan Lahir Untuk Wanita





Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dalam masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. 


Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata  dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.


Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengikut bulan kelahiran mereka. 


JANUARI 

Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.


FEBRUARI 

Boleh dipercayai, pandai membuat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tapi suka bermain cinta.


MAC 

Ringan tulang, mudah membantu,tiada bakat dalam perniagaan kecuali diberi bimbingan. Mudah tergoda dengan lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka bersendirian.


APRIL 

Tabiatnya lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut.


MEI 

Suka merendah diri, penyabar, suka meminta bantuan orang lain, tiada bakat dalam perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.


JUN 

Banyak ilmu pengetahuannya, ringan tulang, hidupnya dalam kemewahan, perkahwinannya tidak kekal, pernikahan lebih sekali.


JULAI 

Banyak pancaroba hidup dan godaan, banyak memperoleh rezeki.


OGOS 

Bernikah lebih sekali, berbakti kepada suami, rezekinya kepada suami, rajin berusaha.


SEPTEMBER 

Murah hati, tabah dalam dugaan, mempunyai anak yang ramai.


OKTOBER 

Murah rezeki, keras hati, mudah simpati.


NOVEMBER 

Rajin, pandai berbicara,mudah menyeleweng, tidak memanfaatkan harta pusaka.


DISEMBER 

Rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki.



3 comments:

  1. Ouchh hahahaha. APRIL <3 Kedekut >< Memang betul pun xD

    ReplyDelete
  2. jun-pernikahan lbh dari sekali?? ish22... khurafat klu pecaye ni....

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com