Kumpulan Pemerhati Hak Asasi
Kemanusiaan bimbang AS mengawal dunia melalui robot pembunuh.
WASHINGTON -
Robot bebas yang mampu membuat keputusan membunuh sasarannya bakal dibina 20
tahun akan datang atau lebih cepat dari tempoh itu.
Agensi
ketenteraan dunia, dilaporkan bersetuju dan amat teruja selepas mengetahui
mesin yang berkebolehan mengawal senjata dalam peperangan dapat digunakan
selain mengurangkan jumlah korban manusia.
Kenyataan
berbau amaran itu, dikeluarkan Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan yang mendesak
dunia mengharamkan mesin pembunuh itu sebelum Amerika Syarikat (AS) mula
memasarkannya.
Robot
pembunuh pengganti manusia, bakal diterajui AS, juga sebuah negara mengguna
pakai khidmat pesawat pengintip tanpa manusia bagi menyerang suspek militan di
Pakistan, Yaman dan sebagainya.
Pesawat pengintip AS yang dilengkapi sistem tembakan Phalanx Raytheon, mampu menembak musuh dari jarak jauh selain memusnahkan apa sahaja objek penghalang dengan sendirinya. - MailOnline
No comments:
Post a Comment